ASSALAMUALAIKUM..
hye uolls. dah start sem baru ni terasa macam banyak pulak benda nak kena fikir. fikir family, fikir belajar, fikir kawan, fikir diri sendiri, fikir projek, fikir masalah, banyak ah lagi nak kena fikir dalam satu masa.
sebenarnya ada rasa rindu dengan orang-orang kat rumah tu. nak balik tapi keadaan tak mengizinkan. this sem ada dua projek nak kena buat. BIO300 and ENT300. kalau balik bila nak discuss, bila nak jumpa supervisor, bila nak buat proposal lagi. tu yang hang on dulu niat nak balik rumah.
cita-cita memang nak buat yang terbaik untuk 2 sems left ni. Insha Allah i will try my very best. haritu ada pergi convo my bro kat UiTM penang. aku sangat jeles dengan dia tau. dia ambik mechanical engineering untuk diploma. memang seorang yang sangat busy dengan tugas. buat itu buat ini. tapi dia boleh buat yang terbaik untuk pelajaran. aku sungguh terkesima dengan usaha dia.
memang daripada kecik-kecik dulu kiteorang suka bersaing dalam pelajaran. my mum cakap dulu aku yang mengekalkan takhta sebagai juara among adik beradik. tapi makin besar makin besar perangai dah berubah. makin teruk. sebab tu sekarang ni abang aku pulak juara. bila fikir balik, aku sangat menyesal dengan perkara lalu. 100% memang salah aku. im sorry :(
bila buat satu keputusan kena fikir banyak kali either its good or bad. jangan fikir keseronokkan sekarang tapi tak fikir kesedihan akan datang. ha yang ni general. untuk sesiapa yang terasa, please change yourself from now. bukan apa, aku taknak sesiapa kecewa nanti. memang belajar daripada kesilapan. tapi sebaiknya janganlah buat silap.
always think positive. janganlah bila nampak sesuatu yang buruk terus fikir ha ni tak baik ni. mulalah fikir bukan-bukan. first step kena fikir dua tiga kali. second step buat research sikit. third step kena split into good or bad. last step baru boleh bersuara kalau betul and kalau tak betul diam je la. its better before it become worst. memang dah banyak pengalaman buruk bila buat something main serbu je. lepas ni memang akan lebih berhati-hati.
one of my mission nak turunkan berat badan tanpa menggunakan sebarang jenis dadah dan alat pembantu. nak berat ideal tak susah kalau pandai jaga pemakanan dan exercise regularly. ada certain orang even dah kurus nak kurus lagi. ntah nak kurus macam mana lagi pun taktau lah. but its not me. dengan keadaan yang sekarang ni aku dah tak perlu nak kuruskan lagi. cuma nak kurangkan berat. tak semestinya badan kurus tapi ringan. aku lah tu. cehh kau perasan gila kurus cha. tolong jangan muntah uolls. bila aku cakap aku diet mesti ada suara-suara yang cakap kenapa nak kurus lagi? hello aku cuma nak kurangkan berat la. sila faham konsep aku kat sini.
dan almost 2 years aku macam ni. macam apa?? mesti korang tak percaya kan aku dah jarang gila gunakan henfon even message or call. selalu jugak tertinggal henfon bila pergi mana-mana. kengkadang tu sengaja je tinggal sebab fikir takde sapa nak hubungi aku. cehh ayat. tapi bila fikir balik perlu jugak aku bawak henfon ni. kotkot urgent, mak call ke. ada jugak kawan tanya tak mesej boifren ke? aku cuma balas dengan ketawa kecil. hehehe. even roomate sendiri pun ada tanya. maybe sebab dia nampak kot aku tak pegang henfon setiap masa macam dia. hidup kita berbeza kawan :)
lately aku selalu mimpi benda yang menakutkan, yang pelik-pelik. terus rasa nak bangun tidur cepat-cepat. ada tu aku menangis sambil tidur sebab tak sanggup mimpi tu jadik in real life. mungkin ada sesuatu yang cuba nak disampaikan kat insan kerdil seperti aku ni.
oh my sis dah nak bersuami lepas ni. tak sabar nak kenduri besar-besar. tapi yang taknak kena kemas balik lepas kenduri la. not my passion but my responsibility to do so. dah mula rasa sebak dah sekarang ni. tak lama lagi ada cuti midsem 2 minggu. aku dah tahu dah kerja apa yang bakal jemput aku kat rumah tu nanti. tapi aku enjoy as long as my family have been there.
hei aku rasa dah banyak sangat aku membebel dalam ni even aku tahu uolls bosan nak baca kan. sorry eh aku memang takde bakat nak tulis ayat power-power yang boleh tarik perhatian uolls. sekadar catatan aku dan perkongsian bersama. ayat- ayat kali ni memang banyak yang macam buat karangan bahasa melayu. harap maklum. semoga hidup kita semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa, ALLAH.
assalamualaikum.. babai :)
CLICK ME PLEASE ! THANKS :)
Wednesday, 4 December 2013
Tuesday, 26 November 2013
LONG TIME NO SEE..HOW ARE YOU?
Assalamualaikum and hai uolls..
Sudah lama rasanya tidak ketemu. Rindu
dihati menyuruh aku untuk menulis kembali setelah berbulan-bulan ditinggali.
Kau dah kenapa cakap camni?
Maklumlah haritu kan nak exam
final. Nak study lagi. Nak siapkan itu ini lagi. Mana sempatnya nak hapdate
belog ni. Dah lepas final pulak cuti sebulan lebih. Duduk rumah memang susah la
nak tengok aku bukak laptop. Bukan takleh nak update blog guna hp or tab or
whatsoever tu. Tapi aku lebih selesa gunakan laptop. Lebih puas gituww.
Dan duduk di rumah bukan kerja
makan tidur goyang kaki je. Banyak benda nak kena settle. Kerja-kerja rumah
sudah pasti aku kena buat tatkala cuti sebab my mum kerja kakak-kakak pun takde
kat rumah. Nak harapkan adik laki aku oii susah betul nak disuruh. Tapi takpe,
next year kau nak SPM kan. Aku bagi chance sikit. Aku kan kakak yang baik J
Lagi-lagi tahun depan jugak Insha
Allah kakak aku sorang tu nak kahwin. Hai makin bertambah la kerja kat rumah
tu. Cat every part of the house. Kalau kecik takpa lagi. Kemas rumah sebab my
dad pasang jubin kat certain part. Banyak lagi tu pun tak habis lagi ni. Before
aku balik pilah semalam aku ada pesan kat kakak aku tu suruh sambung
kerja-kerja yang terbengkalai. Hahaha. Bakal pengantin kena buli dengan aku.
Dah dia yang nak kawin, dia la yang kena kemas. Itulah konsep aku.
Cakap pasal kakak aku nak kawin
ni sebenarnya kekadang tu aku sedih jugak. Yelah kakak yang selama ni ada je
kat rumah bila aku mintak tolong ke, mesti dia akan tolong. Kalau aku ada
masalah ke, mesti dia sudi dengar. Like everything she was there with me. Gelak
sesama, makan sesama, pergi jenjalan sesama, masak sesama, kemas rumah sesama. Semua
nak buat sesama tau. How can I adapt when one day I must do independently??
Tapi itulah kehidupan. Setiap orang
nak berpasangan, nak bahagia. Aku faham perasaan dia. Kesedihan dan kegembiraan
dia aku dapat rasa. Lepas ni dah jarang lah nak nampak dia kat rumah. Aku doakan
kebahagiaan kakak aku dengan tunangnya bila dah nikah nanti.
Deyy,, apa cerita sekarang. Tak syiok
la. Tunggu lah besoknya dia nak kawin ke barulah nak sedih-sedih semua.
Ha, before kakak aku nak kawin
tahun depan, my family pergi holiday kat Sabah haritu. One week before I am
back to Philahdelphia ni. Berseronok-seronok sesama dulu. Nanti dah jadik
isteri orang feeling dia dah lain sikit. Tapi taknak cerita sekarang. Tunggu aku
copy gambar daripada kakak aku dulu baru aku cerita from A to Z. Yang aku boleh
kata “this is fantastic”. Perghh cliché gituww.
Okaylah hilang mood bercerita
dah. See you next entry guys. Assalamualaikum J
Tuesday, 24 September 2013
FINAL EXAM IS COMING !!!!!
ASSALAMUALAIKUM… and hye uolls :)
Banyak pulak benda yang aku nak cerita ni. Memandangkan
khamis ni aku dah start paper chemistry untuk final,, rasa dedor pulak jantung
ni aihh.. organic chemistry kot. Banyak sangat benda yang nak kena hafal. Aku ni
pulak jenis yang tak suka menghafal bebanyak. Ha memang kaw-kaw la aku study.
Dinding-dinding ruang tamu sudah dipenuhi dengan
mechanism-preparation and etc . ni baru sikit ni. Almaklumlah tak habis study
lagi. Meja study pulak Alhamdulillah masih terkawal.
Tilam aku masih lagi tak terusik. Tu namanya
aku dah berjaya tak tidur dari pagi sampai petang. Before ni berkali-kali jugak
aku tidur sebab malas nak study. Syabas untuk aku kerana berjaya meningkatkan
prestasi tidak tidur. Yay!
Kalau mata macam dah acah-acah nak tutup tu, aku
menyanyi depan tingkap. meja study dengan tingkap sekangkang kera je. senang lah aku nak intai sesiapa yang tengah dating di minggu exam ni. hahaha. Kot-kot jiran sebelah tengah tension study tu, dapat
la jugak bergembira sikit dengar suara aku yang lunak merdu ni (konon je
lunak.tapi hampeh). Padahal dalam hati diorang mesti panas je kan dengan aku.
kahkahkah. Sorry eh orang sebelah, aku cuma nak hilangkan ngantuk and stress
belajar je.
And kalau korang nak tahu, aku ni mula nak berdiet. Konon-konon
jaga badan lah. Aku try makan muesli. Aku makan brand first choice je. Not bad
jugak la rasa dia. Boleh la nak lawan brand yogood (eh macam ni ke eja dia). Hehehe.
Kengkadang kalau rajin minum teh clenx
tea. Teh tu fungsi dia macam nak buang toksin dalam badan kot. And at the same
time dapat kuruskan badan kita. Sebenarnya aku curik kakak aku punya kat rumah
haritu. Nak tahu jugak apa rahsia dia boleh kurus. for those yang tak suka minum teh yang totally teh tanpa ada sedikit gula pun, korang tahyah la sesibuk nak try. nanti korang membazir je buang. Lol
Ha nak cerita jugak pasal aku dengan le housemates
pergi jogging ahad lepas. First time kot aku pergi jogging sepanjang berapa
banyak semester aku kat uitm ni. Nampak tak betapa pemalasnya aku. hehehe. Konon
plan nak gerak lepas subuh. Tapi dah pukul 7.30 pagi semua masih terbongkang atas
katil lagi. Apedahhh. Tapi aku bangun eh pukul 6.50 pagi tu solat subuh. Then tengok
rumah masih gelap serta sunyi dan semua macam seronok je tidur, aku sambung la balik tidur aku. hehehe.
Semestinya aku la orang paling semangat sekali
jogging. Paling depan tu bersama sofhia. Tapi last-last aku yang sakit dada. Oxygen
tak sampai atas kepala. Habis pucat muka aku. ape ni atlit olahraga sakit?? Ha tu
time high school boleh la cerita. Lepas habis sekolah je aku terus diamkan diri
dari bidang olahraga ni. Asik duduk dalam bilik layan runningman je. Lepastu dah
tak biasa bersenam, sekali jogging je terus sakit. Ha uolls jangan jadik
pemalas macam aku ni okay.
Pssstt.. meh sini aku bagitahu rahsia. Sebenar-benarnya
kiteorang bukan lah nak sangat jogging
time weekend macam ni pun. Alasan je. Kiteorang nak pergi makan roti canai and
nasi lemak kat kedai pak kassim depan pintu gerbang uitm tu je. Hahaha. Baguslah
tu lepas exercise melantak nasi lemak. Aku
la order paling banyak sekali. Tamak macam nak makan semua je. Tapi memang kenyang
lah. Sampai esoknya aku tak makan. Alhamdulillah. Hah malas lah nak cerita
pepanjang. Korang tengok jelah gambar-gambar ni.
lau tak kenal aku yang mana satu. aku yang pakai baju biru, tudung syria yang macam tak cantik bila aku pakai, and pants warna cokelat cair tu.sebenarnya tracksuit aku semua aku dah angkut bawak balik rumah. terpaksa lah pakai pants ni walaupun macam tak sesuai gitu pergi jog :) and tu pun ada orang yang sudah pertikaikan. urghhh
dalam diam diorang ni semua gila gambar lebih daripada aku rupanya. semua tak tentu hala bila nampak kamera. lawak la korang ni. anyway thanks tau korang sebab jadik housemate aku yang the best among the best. walaupun dah nak akhir-akhir sem ni kita baru macam nak rapat, i appreciate it. love uolls <3
Okay dah la uolls. Aku nak sambung study ni. Kena strive
untuk dapatkan A untuk chemistry 257 ni. Alhamdulillah carrymark okay. Harap sangat
aku dapat merasai nikmat pergi dinner dekan semester depan. Kahkahkah. Pray for
me eh uolls.. thanks :P
assalamualaikum
Tuesday, 17 September 2013
THE MEMORIES COME AND I HATE TO REMEMBER !
salam..
and hye uolls :)
wahh tajuk entry macam gempak je kan. camni. aku bukan apa. aku cuma tak suka nak ingat balik apa-apa yang pernah menggores, mengguris, mencalar dah segala hape tu jiwa dan perasaan aku. i hate to remember every seconds about that. it is really hurting. if you know how hurt i am, you will know how bad i am.
it same when i don't want to hurt other people. cause i know what the feeling is. i feel that i am very stupid. not use my brain to THINK! hey hasniza! you were getting older. how come you can do such thing that you will know the effects. you such a loser girl.
thats why i don't want the memories come because i don't want the same thing happen again. i am very grateful because He still wants to help me and bring me to 'jalan keredhaan' before it is late. i am thankful because He gives me a very precious things that i never neglect it.
and i want to tell you that i am very tired with all this. i don't want to think about that anymore. if you know what is better to do, you can find and tell me. tell me the truth. i am happy with my life now. don't think that i am cannot live without you 'guy'.
i hate to remember all the things about you
ahh apa aku merapu. english tonggang langgang pastu nak tunjuk kat orang ramai. memang malu. tapi at least try is better. sampai bila taknak practice kan. sorry if entry kali ni macam terover feeling pulak dah kan. i just want to tell you what is true life. bye :)
and hye uolls :)
wahh tajuk entry macam gempak je kan. camni. aku bukan apa. aku cuma tak suka nak ingat balik apa-apa yang pernah menggores, mengguris, mencalar dah segala hape tu jiwa dan perasaan aku. i hate to remember every seconds about that. it is really hurting. if you know how hurt i am, you will know how bad i am.
it same when i don't want to hurt other people. cause i know what the feeling is. i feel that i am very stupid. not use my brain to THINK! hey hasniza! you were getting older. how come you can do such thing that you will know the effects. you such a loser girl.
thats why i don't want the memories come because i don't want the same thing happen again. i am very grateful because He still wants to help me and bring me to 'jalan keredhaan' before it is late. i am thankful because He gives me a very precious things that i never neglect it.
and i want to tell you that i am very tired with all this. i don't want to think about that anymore. if you know what is better to do, you can find and tell me. tell me the truth. i am happy with my life now. don't think that i am cannot live without you 'guy'.
i hate to remember all the things about you
ahh apa aku merapu. english tonggang langgang pastu nak tunjuk kat orang ramai. memang malu. tapi at least try is better. sampai bila taknak practice kan. sorry if entry kali ni macam terover feeling pulak dah kan. i just want to tell you what is true life. bye :)
Tuesday, 3 September 2013
HAPDATE UNTUK IZYAN JAMIL :) SPECIAL FOR YOU FRIEND
Assalamualaikum and hye readers :)
Banyak benda aku nak cerita sebenarnya ni. Tapi yang paling penting sekali
aku nak bagitahu bahawasanya final exam aku dah nak dekat. Ohoi gila ke apa 26
september ni dah start 1st paper. Nak percaya ke tak nak percaya ke,
terpaksa percaya.
Macam tak sangka kan dah nak final. Yelah mana tak nya, sepanjang belajar
memain. Bukannya masuk sangat pun apa yang diajar dalam kelas. Dah tak masuk tu
pulak bukan nak study sendiri kat bilik. Almaklumlah orang pemalas macam aku ni
memang semua nak serve depan mata je. Kelas pun ada jugak ponteng
kekadang. Memang tak dapek la den nak
nolong
Tapi macam mana pun aku kena prepare dari awal seperti sekarang ini.
Kahkah kelakar ayat aku. Aku kena kurangkan tidur. Ni asal balik kelas je mesti
tidur. Macam orang yang tak tido malam je. Konon ngantuk sangat lettew. Aku kena
kurangkan main, kurangkan melaghakan diri. Aisshhh susah betul dugaan banyak
depan mata ni. Hiksss
Actually ada sorang kawan aku ni mintak aku hapdate entry pasal dia. Yelah
nak jugak dia famous dalam blog aku ni kan. Aku pun yekan jelah. Kawan punya
pasal kan. :D
Okay start eh. Aku ada sorang kawan perempuan ni.(kawan perempuan je
mampu) nama dia nur izyan bt jamil. Hah femes kau yan! Nama penuh sekali aku
letak. Hahaha. Dia ni baik sangat orangnya. Lemah lembut, penyayang, kelakar,
sopan santun, banyak lagi lah. Dia minat baking and cooking. Ada satu hari tu
time aku duduk kolej melang sesame dengan dia (nak tahu entry kolej melang? Clicksini ), dia bagi kami semua satu rumah cupcake yang dia buat. Sedap okeh dia
buat sendiri. cupcake perisa peach. marvellous delicous gitu
Sebenanya aku nak mintak lagi tapi segan ah nanti dia cakap aku
ni tak malu. Ngeh ngeh ngeh
Aku pun terpikir lah. Kenapa dia boleh buat kek sedap-sedap tapi aku buat
tak penah nak sedapnya. Aku tak tahu apa yang kurang skill baking aku ni. Skill
cooking dah boleh kata hebat dah. Ecewah memain je. Mungkin aku tidak
dilahirkan untuk menjadi seorang pembuat kek dan yang sewaktu dengannya. Mugkin
lah kan. Mana tak nya, aku penah jugak try buat pavlova, red velvet, chocs moist,
tapi ada je yang kurang. Lepas tu pulak family aku tak teringin nak makan pun. Sobs
sobs =_=
Actually aku tak kesah pun if depa tak nak makan. Asalkan aku puas sebab
dah berjaya bazirkan ingredients yang sepatutnya tak perlu membazir pun takpa. Kahkahkah.
Berbalik pada cerita yan tadi ye. Kan aku cakap dia ni baik. Yes she is very
kind to me! Kengkadang tu dia bawak aku sekali naik motor dengan dia if ada
kelas lambat or balik awal ke. Mintak je tolong apa-apa kat dia, dia mesti tak
penah nak hampakan permintaan aku. thanks yan cause treat me well since we
knowing each other.
Apa yang aku tahu sekarang ni, dia selalu balik JB every week. Why?? Sebab
dia bosan duduk sensorang kat melang tu. Kesian yan kan. Kami tinggalkan yan
sensorang. Jahatnya kami. (kami=aku, sara, zila, arina, umi). Yelah time duduk
melang kami habiskan masa sesama. Makan sesama, mandi sesame, borak sesama. Pastu
sekarang yan dah takda kami. Rindu kami lettew. Sory eh tak berniat nak buat
yan macam tu. Anyway, I am always be there if you need help. My pleasure yan.
Okay lah banyak pulak aku nak tulis pasal yan ni. Lemak ah nak femes
lelebih. Hehehe. Amacam yan? Beronok-ronok lah anda sebab aku dah hapdate entry
untuk kau je. Sebagai balasan, aku nak ayam uncle jack satu! Aku tak rasa lagi
ni. Hahaha. Kepada anda-anda diluar sana yang nak jadik femes seperti yan,
bolehlah menghantar request anda melalu email saya. Eiii geli mak. Nak kemana
femes-femes ni.
Last but not least, mohon anda-anda yang baca entry aku kali ni, doakan
kejayaan aku masa final exam nanti boleh? Aku teringin sangat nak rasa dapat
3.80 above tu cemana. Thanks dear. Love you!! Salam and babai :)
ni lah izyan cik adik si cantik manis tu. kahkah. sory beb aku curik gambar kau lagi. aku cuma nak bagitahu je kau lah gerangan yang aku ceciter kan ni. thanks :D |
Wednesday, 28 August 2013
HIJRAH.. CAN I??
Hello uolls !! Terasa macam banyak pulak lah benda yang
aku nak cerita sepanjang minggu ni. Takpelah sekali sekala update blog kan. Nanti
bila dah lama tak update kang kosong pulak. Dah takda benda uolls nak baca kan.
Untuk update kali ni aku nak kongsi sikit benda yang
berkaitan dengan aurat perempuan. Ye aku
sedar aku ni bukan sesiapa. Bukan lah alim sangat untuk bercakap tentang aurat.
Tak sempurna pun penjagaan aurat sendiri. Tak baik mana pun perlakuanku. Tapi suatu hari
tu aku mula sedar betapa pentingnya jaga aurat dan diri sendiri sebagai seorang
muslimah. Wahh ayat aku macam kelakar lah pulak kan. Macam tak kena gitu dengan
gaya aku yang cool ni. Eh perlu ker??
Before aku cakap lebih panjang lebar nanti, aku nak
terangkan bahagian-bahagian tubuh wanita yang perlu ditutup tidak kira ketika
bersama wanita ataupun lelaki. Aurat wanita jika dengan lelaki dan yang berlainan
agama ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Dan jika sesama
wanita muslim ialah dari pusat hingga lutut. Ha paham tak uolls? Aku main tulis
je ni. Paham-paham sendiri lah ye
Okay . Aku baru tersedar perkara ni beberapa bulan yang
lepas. Actually dari semester yang lepas pun ada jugak. Aku tengok ramai kawan-kawan dan orang
sekeliling aku yang menjaga auratnya dengan baik. Maksud aku cara diorang
berpakaian sungguh sempurna dan sedap mata aku nak tengok. Diorang pakai baju
labuh tutup punggung, baju dan seluar longgar, pakai stoking, pakai hand socks,
tudung labuh sampai bawah dada dan ada lah beberapa lagi yang maybe aku tak
perasan kot. And aku mula bandingkan diri aku dengan diorang. Memang berbeza sangat. Almost 90% different!
Ada jugak kawan-kawan aku yang dulunya lagi worst dari
aku pun sekarang dah berpakaian seperti yang aku cakap tadi. Aku pun terfikir. Macam
mana diorang tetibe boleh berubah sampai macam tu sekali. Ada la beberapa bulan
lepas aku teringin nak jadi macam diorang jugak. Tapi tak lama pun. Hati aku
degil sangat nak terima perubahan. Dan keinginan tu mula muncul kembali lepas
aku pergi tayangan PVISTA yang bertajuk WANNA BE yang dianjurkan pihak kolej
aku.
Tayangan tu ada diselitkan dengan video grafik kartun
tentang cerita seorang perempuan yang dahulunya berpakaian yang tak menepati
syariat sebagai seorang muslimah dan akhirnya dia mendapat hidayah untuk
menutup aurat secara sempurna. Aku pun terkesima dengan video tu. Ceh ayat
terkesima aku takleh tahan betul lah. Hahaha. And after that ada jugak video
daripada 3 orang vlogers lelaki yang tak kurang hebatnya di youtube membuat
tutorial pakai tudung mengikut syariat Islam. Aku jadik malu dengan diri sendiri
sebab lelaki sendiri yang buat tutorial tudung kat perempuan kot. Hello!! Lelaki
kot! Lau tetibe rasa nak tengok tutorial
diorang sambil bergelak ketawa bersama rakan sebelah, try la usha link ni.
Selepas fikir punya fikir, lepas aku try mintak petunjuk
dari Allah, aku rasa aku nak try untuk
berubah. Aku start untuk practice pakai stoking. Tapi setiap kali aku pakai,
mesti ada suara yang mempertikaikannya. Aku tak tahu samada aku ni tak layak
nak pakai stoking ke? Jahat sangat ke muka aku kalau nak pakai stoking? Aku
cuba untuk berubah sedikit demi sedikit. Sebab tu aku mulakan dengan memakai
stoking. Manalah tahu one day nanti aku start pakai baju labuh and longgar,
pakai seluar longgar, pakai tudung labuh. Insyallah akan sempurna semuanya.
Tapi itulah. Aku risau kalau tak dapat nak istiqamah
dalam perubahan aku nanti. Aku risau kalau orang sekeliling aku tak support
perubahan aku. Aku risau dalam banyak hal. Aku cuma nak jadik seorang muslimah
yang menjaga auratnya, menjaga pertuturannya, menjaga akidahnya hanya untuk
Allah. Sekarang aku dah tak ambil kisah sangat tentang perspektif lelaki
terhadap penampilan aku. Biarlah diorang nak cakap aku ni kolot ke, tak cantik
ke, apa ke, yang penting aku nak cantik disisi Allah.
Aku mahu menjadi seperti mereka-mereka yang sedang dalam
perjalanan menuju keredhaan Allah. Aku rasa iri hati dengan kecantikkan
kawan-kawanku yang bertudung labuh (berpakaian elok). Adakah salah jika aku iri
hati tentang ini?
Yang menjadi masalah aku sekarang ialah aku tak banyak
baju besar-besar ni. Semua baju muat-muat badan. Seluar pun alahai sedih! Aku nak
jugak la try jual baju-baju aku yang lama ni sebab nak carik income untuk beli
baju yang lebih besar. Tapi aku tak tahu ada orang nak beli ke tak. And one
more thing, aku risau dengan perangai aku yang terover ni. Aku risau orang akan
kata, “pakai je tudung labuh, tapi perangai nauzubillah”. Haishh .. how could me to overcome this
situation?
So, insyallah aku akan start sedikit demi sedikit. Mestilah
dimulakan dari rumah. Aku harap suatu hari nanti aku berjaya untuk mengubah
penampilan aku kepada yang diredhai Allah. Aku harap dengan perubahan aku nanti
akan menjadi sumber ikutan kepada para muslimah di luar sana. Semoga anak cucu
aku nanti akan mengikut jejak langkah yang baik-baik.
For uolls, please support my hijrah. Kalau uolls nak
kata pun katalah. Yang penting jangan sampai aku dengar. Kecik hati den nanti
ha. And jangan fikir aku boleh terus berubah 100%. Bagi aku masa untuk belajar
bertatih sedikit demi sedikit. So, aku taknak lah korang harap perubahan aku
akan nampak dalam waktu yang singkat ni. I need enough time untuk membiasakan
diri dengan perubahan baru. Sokong insan lain untuk melakukan kebaikan kepada
Allah adalah amat mulia. Jadilah muslimah yang sempurna hanya kerana Allah. Pasti
kita akan merasai kenikmatannya.
Thanks for spending your time to read this. Love you!
Subscribe to:
Posts (Atom)