CLICK ME PLEASE ! THANKS :)

Wednesday, 4 December 2013

RANDOM

ASSALAMUALAIKUM..

hye uolls. dah start sem baru ni terasa macam banyak pulak benda nak kena fikir. fikir family, fikir belajar, fikir kawan, fikir diri sendiri, fikir projek, fikir masalah, banyak ah lagi nak kena fikir dalam satu masa.

sebenarnya ada rasa rindu dengan orang-orang kat rumah tu. nak balik tapi keadaan tak mengizinkan. this sem ada dua projek nak kena buat. BIO300 and ENT300. kalau balik bila nak discuss, bila nak jumpa supervisor, bila nak buat proposal lagi. tu yang hang on dulu niat nak balik rumah.

cita-cita memang nak buat yang terbaik untuk 2 sems left ni. Insha Allah i will try my very best. haritu ada pergi convo my bro kat UiTM penang. aku sangat jeles dengan dia tau. dia ambik mechanical engineering untuk diploma. memang seorang yang sangat busy dengan tugas. buat itu buat ini. tapi dia boleh buat yang terbaik untuk pelajaran. aku sungguh terkesima dengan usaha dia.

memang daripada kecik-kecik dulu kiteorang suka bersaing dalam pelajaran. my mum cakap dulu aku yang mengekalkan takhta sebagai juara among adik beradik. tapi makin besar makin besar perangai dah berubah. makin teruk. sebab tu sekarang ni abang aku pulak juara. bila fikir balik, aku sangat menyesal dengan perkara lalu. 100% memang salah aku. im sorry :(

bila buat satu keputusan kena fikir banyak kali either its good or bad. jangan fikir keseronokkan sekarang tapi tak fikir kesedihan akan datang. ha yang ni general. untuk sesiapa yang terasa, please change yourself from now. bukan apa, aku taknak sesiapa kecewa nanti. memang belajar daripada kesilapan. tapi sebaiknya janganlah buat silap. 

always think positive. janganlah bila nampak sesuatu yang buruk terus fikir ha ni tak baik ni. mulalah fikir bukan-bukan. first step kena fikir dua tiga kali. second step buat research sikit. third step kena split into good or bad. last step baru boleh bersuara kalau betul and kalau tak betul diam je la. its better before it become worst. memang dah banyak pengalaman buruk bila buat something main serbu je. lepas ni memang akan lebih berhati-hati.


one of my mission nak turunkan berat badan tanpa menggunakan sebarang jenis dadah dan alat pembantu. nak berat ideal tak susah kalau pandai jaga pemakanan dan exercise regularly. ada certain orang even dah kurus nak kurus lagi. ntah nak kurus macam mana lagi pun taktau lah. but its not me. dengan keadaan yang sekarang ni aku dah tak perlu nak kuruskan lagi. cuma nak kurangkan berat. tak semestinya badan kurus tapi ringan. aku lah tu. cehh kau perasan gila kurus cha. tolong jangan muntah uolls. bila aku cakap aku diet mesti ada suara-suara yang cakap kenapa nak kurus lagi? hello aku cuma nak kurangkan berat la. sila faham konsep aku kat sini.

dan almost 2 years aku macam ni. macam apa?? mesti korang tak percaya kan aku dah jarang gila gunakan henfon even message or call. selalu jugak tertinggal henfon bila pergi mana-mana. kengkadang tu sengaja je tinggal sebab fikir takde sapa nak hubungi aku. cehh ayat. tapi bila fikir balik perlu jugak aku bawak henfon ni. kotkot urgent, mak call ke. ada jugak kawan tanya tak mesej boifren ke? aku cuma balas dengan ketawa kecil. hehehe. even roomate sendiri pun ada tanya. maybe sebab dia nampak kot aku tak pegang henfon setiap masa macam dia. hidup kita berbeza kawan :)

lately aku selalu mimpi benda yang menakutkan, yang pelik-pelik. terus rasa nak bangun tidur cepat-cepat. ada tu aku menangis sambil tidur sebab tak sanggup mimpi tu jadik in real life. mungkin ada sesuatu yang cuba nak disampaikan kat insan kerdil seperti aku ni. 

oh my sis dah nak bersuami lepas ni. tak sabar nak kenduri besar-besar. tapi yang taknak kena kemas balik lepas kenduri la. not my passion but my responsibility to do so. dah mula rasa sebak dah sekarang ni. tak lama lagi ada cuti midsem 2 minggu. aku dah tahu dah kerja apa yang bakal jemput aku kat rumah tu nanti. tapi aku enjoy as long as my family have been there. 

hei aku rasa dah banyak sangat aku membebel dalam ni even aku tahu uolls bosan nak baca kan. sorry eh aku memang takde bakat nak tulis ayat power-power yang boleh tarik perhatian uolls. sekadar catatan aku dan perkongsian bersama. ayat- ayat kali ni memang banyak yang macam buat karangan bahasa melayu. harap maklum. semoga hidup kita semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa, ALLAH.

assalamualaikum.. babai :)



No comments:

Post a Comment