Hello uolls !! Terasa macam banyak pulak lah benda yang
aku nak cerita sepanjang minggu ni. Takpelah sekali sekala update blog kan. Nanti
bila dah lama tak update kang kosong pulak. Dah takda benda uolls nak baca kan.
Untuk update kali ni aku nak kongsi sikit benda yang
berkaitan dengan aurat perempuan. Ye aku
sedar aku ni bukan sesiapa. Bukan lah alim sangat untuk bercakap tentang aurat.
Tak sempurna pun penjagaan aurat sendiri. Tak baik mana pun perlakuanku. Tapi suatu hari
tu aku mula sedar betapa pentingnya jaga aurat dan diri sendiri sebagai seorang
muslimah. Wahh ayat aku macam kelakar lah pulak kan. Macam tak kena gitu dengan
gaya aku yang cool ni. Eh perlu ker??
Before aku cakap lebih panjang lebar nanti, aku nak
terangkan bahagian-bahagian tubuh wanita yang perlu ditutup tidak kira ketika
bersama wanita ataupun lelaki. Aurat wanita jika dengan lelaki dan yang berlainan
agama ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Dan jika sesama
wanita muslim ialah dari pusat hingga lutut. Ha paham tak uolls? Aku main tulis
je ni. Paham-paham sendiri lah ye
Okay . Aku baru tersedar perkara ni beberapa bulan yang
lepas. Actually dari semester yang lepas pun ada jugak. Aku tengok ramai kawan-kawan dan orang
sekeliling aku yang menjaga auratnya dengan baik. Maksud aku cara diorang
berpakaian sungguh sempurna dan sedap mata aku nak tengok. Diorang pakai baju
labuh tutup punggung, baju dan seluar longgar, pakai stoking, pakai hand socks,
tudung labuh sampai bawah dada dan ada lah beberapa lagi yang maybe aku tak
perasan kot. And aku mula bandingkan diri aku dengan diorang. Memang berbeza sangat. Almost 90% different!
Ada jugak kawan-kawan aku yang dulunya lagi worst dari
aku pun sekarang dah berpakaian seperti yang aku cakap tadi. Aku pun terfikir. Macam
mana diorang tetibe boleh berubah sampai macam tu sekali. Ada la beberapa bulan
lepas aku teringin nak jadi macam diorang jugak. Tapi tak lama pun. Hati aku
degil sangat nak terima perubahan. Dan keinginan tu mula muncul kembali lepas
aku pergi tayangan PVISTA yang bertajuk WANNA BE yang dianjurkan pihak kolej
aku.
Tayangan tu ada diselitkan dengan video grafik kartun
tentang cerita seorang perempuan yang dahulunya berpakaian yang tak menepati
syariat sebagai seorang muslimah dan akhirnya dia mendapat hidayah untuk
menutup aurat secara sempurna. Aku pun terkesima dengan video tu. Ceh ayat
terkesima aku takleh tahan betul lah. Hahaha. And after that ada jugak video
daripada 3 orang vlogers lelaki yang tak kurang hebatnya di youtube membuat
tutorial pakai tudung mengikut syariat Islam. Aku jadik malu dengan diri sendiri
sebab lelaki sendiri yang buat tutorial tudung kat perempuan kot. Hello!! Lelaki
kot! Lau tetibe rasa nak tengok tutorial
diorang sambil bergelak ketawa bersama rakan sebelah, try la usha link ni.
Selepas fikir punya fikir, lepas aku try mintak petunjuk
dari Allah, aku rasa aku nak try untuk
berubah. Aku start untuk practice pakai stoking. Tapi setiap kali aku pakai,
mesti ada suara yang mempertikaikannya. Aku tak tahu samada aku ni tak layak
nak pakai stoking ke? Jahat sangat ke muka aku kalau nak pakai stoking? Aku
cuba untuk berubah sedikit demi sedikit. Sebab tu aku mulakan dengan memakai
stoking. Manalah tahu one day nanti aku start pakai baju labuh and longgar,
pakai seluar longgar, pakai tudung labuh. Insyallah akan sempurna semuanya.
Tapi itulah. Aku risau kalau tak dapat nak istiqamah
dalam perubahan aku nanti. Aku risau kalau orang sekeliling aku tak support
perubahan aku. Aku risau dalam banyak hal. Aku cuma nak jadik seorang muslimah
yang menjaga auratnya, menjaga pertuturannya, menjaga akidahnya hanya untuk
Allah. Sekarang aku dah tak ambil kisah sangat tentang perspektif lelaki
terhadap penampilan aku. Biarlah diorang nak cakap aku ni kolot ke, tak cantik
ke, apa ke, yang penting aku nak cantik disisi Allah.
Aku mahu menjadi seperti mereka-mereka yang sedang dalam
perjalanan menuju keredhaan Allah. Aku rasa iri hati dengan kecantikkan
kawan-kawanku yang bertudung labuh (berpakaian elok). Adakah salah jika aku iri
hati tentang ini?
Yang menjadi masalah aku sekarang ialah aku tak banyak
baju besar-besar ni. Semua baju muat-muat badan. Seluar pun alahai sedih! Aku nak
jugak la try jual baju-baju aku yang lama ni sebab nak carik income untuk beli
baju yang lebih besar. Tapi aku tak tahu ada orang nak beli ke tak. And one
more thing, aku risau dengan perangai aku yang terover ni. Aku risau orang akan
kata, “pakai je tudung labuh, tapi perangai nauzubillah”. Haishh .. how could me to overcome this
situation?
So, insyallah aku akan start sedikit demi sedikit. Mestilah
dimulakan dari rumah. Aku harap suatu hari nanti aku berjaya untuk mengubah
penampilan aku kepada yang diredhai Allah. Aku harap dengan perubahan aku nanti
akan menjadi sumber ikutan kepada para muslimah di luar sana. Semoga anak cucu
aku nanti akan mengikut jejak langkah yang baik-baik.
For uolls, please support my hijrah. Kalau uolls nak
kata pun katalah. Yang penting jangan sampai aku dengar. Kecik hati den nanti
ha. And jangan fikir aku boleh terus berubah 100%. Bagi aku masa untuk belajar
bertatih sedikit demi sedikit. So, aku taknak lah korang harap perubahan aku
akan nampak dalam waktu yang singkat ni. I need enough time untuk membiasakan
diri dengan perubahan baru. Sokong insan lain untuk melakukan kebaikan kepada
Allah adalah amat mulia. Jadilah muslimah yang sempurna hanya kerana Allah. Pasti
kita akan merasai kenikmatannya.
Thanks for spending your time to read this. Love you!
No comments:
Post a Comment