CLICK ME PLEASE ! THANKS :)

Sunday, 5 April 2015

MIMPI DAN REALITI



Pagi-pagi ni macam nak share something. Mood pelik sikit sebab bangun awal hari ahad hehe. Ramai orang cakap mimpi ni mainan tidur. Yes I admit that. But pernahkah kita terfikir mimpi ni juga kadang-kadang bagi banyak pengajaran dan iktibar yang kita boleh ambil. 


(2.40am-5/4/15)


Contohnya macam apa yang aku mimpi tadi berkait sedikit dengan mimpi before this. Aku memang cepat lupa every simple thing sampai mimpi yang aku baru mimpi 5 minit tadi pun memang senang lupa. So nasib baik laptop aku still on masa aku tertidur buat kerja (movie) tadi. Cepat-cepat aku buka word type bendalah ni.


When I recall back mimpi aku ni sambungan dari mimpi aku entah seminggu lepas mybe. Mimpi yang lepas aku nak belajar terbang . Terbang  guna tangan je. Aku belajar la pum pang pum pang. Then aku tak ingat lah apa yg jadi after that sebab like I said earlier aku ni cepat lupa even simple thing pun.Untuk kalini aku mimpi aku dah boleh terbang. Dengan berbekalkan kepercayaan dalam diri sendiri dan kemahuan yg tak pernah pudar, aku boleh terbang beb without any bantuan pun. Dengar macam menipu je kan but who cares ni mimpi je kot. Kadang-kadang memang banyak tak logik pun.


 Aku nak terbang sebab aku nak lari dari everything yang aku tanak berlaku on that time. Aku nak hilang daripada semua. Orang lain tak boleh terbang macam aku. Masa aku terbang-terbang tu aku tengok apa yang jadi kat surrounding. Time tu aku nampak ada hari sukan time aku sekolah rendah. Tah hape-hape je nak rewind sampai sekolah rendah ni apa cerita.hehe.


Time tu parents kiteorg pun ada join lah berkawad, senam robik semua. Sekali aku terpandang pada seorang perempuan ni. Tua. Macam tak larat nak join senam tu semua. Sebab dia macam sakit je. Kau bayangkan keadaan dia tengah berlunjur atas padang, orang lain semua tengah buat senaman lunjuran kaki tu tapi dia ni sorang je pukul-pukul kaki dia sebab dia sakit kaki yang terlampau.  Tapi dia berusaha jugak nak join sebab dia tahu tu hari sukan anak dia. She should contribute something. Siapa nak tahu who she is??


She is my mom. Ohmygosh she is my mom, my mom beb. Dalam mimpi tu aku terus angkat mak aku bangun sebab aku nak bawa dia pergi daripada buat benda  merepek tah hape-hape tu. Masa aku usung mak aku jalan tu mak aku jalan lambat sangat sebab dia memang dah tak larat sakit kaki. Muka mak aku pun mcm dah berubah sikit. Mak aku kurus gila rasa tulang je weh. Gaya mcm dah umur 70+ tapi actually mak aku baru 50+. Masa jalan tu aku tanya kenapa mak kurus sangat? Mak tak makan ke? Then mak cakap takde siapa nak tolong masakkan kat rumah. Anak-anak dia semua duduk jauh. Mak sakit kaki tak tahan nak buat kerja. Paling aku tacing bila mak aku cakap “mak pergi kerja makan roti kacang je”. 


Kau bayangkan in real life mak kau sihat even dia consume ubat sebab sakit, kerja as nurse pergi kerja 7.30 am naik motor, then dia sakit tak larat nak buat breakfast  dia makan je roti kacang yang harga 80sen sepeket tu.  Roti kacang je for the whole day. Dalam mimpi aku tu aku dah tak boleh tahan dah mata aku nak nangis ni. Lepastu rasanya aku tanya pasal abah kat mak aku, tapi aku taktau apa jadi sebab aku terbangun 2.30am then aku nangis sorang-sorang sebab aku sedih sangat.


Apa yang aku faham dan belajar daripada mimpi aku, kita sebagai anak walau sesibuk mana pun kita dengan kerja or even belajar sekalipun, jangan sesekali lupakan mak ayah kita kat rumah. Call them once a while kalau kau rasa kau tak mampu nak call dia everyday. Bila ada masa tu balik rumah jenguk diorang. Jangan sampai berbulan-bulan tak balik. Kita tak tahu apa yang tersirat dalam hati diorang. Even dia cakap dia okay tapi dalam hati dia kita tak tahu kan. 


Bila aku fikir balik, aku muhasabah diri sendiri. Mak abah aku tinggal berdua je kat kampung. Anak-anak semua ada life sendiri. Tak dapat nak spend time together macam selalu. Mesti ada perasaan rindu yang diorang tak tunjuk kat kita. So kita sebagai anak kenalah rasa bertanggungjawab untuk laksanakan tugas kita sebagai anak. Letak tepi sekejap kerja-kerja duniawi tu, fokus pada parents. They deserve to get more attention and love from us.


Fokus pada skop lebih kecil pada diri aku sendiri. Aku ni jarang call mak lagikan pula abah. Kadang-kadang seminggu sekali je call. Kalau terlupa sampai 2 minggu tak call. Balik rumah pun jarang. Kalau ada benda penting je baru balik. Apa nak jadi lah dengan aku ni. Bila fikir balik aku ni dah macam anak tak berguna je. So aku kena berubah sebelum terlambat. Ubah perangai ego dalam diri. Tunjukkan yang kita sayangkan mak ayah masing-masing. Buat lelaki kat luar sana, jangan malu nak tunjuk yang kita sayang parents kita. Tak salah pun kalau kita call parents seminggu sekali pun dah cukup. Parents tak pernah nak bezakan antara anak lelaki dan anak perempuan. So treat them equally.  Mimpi aku kalini memang beri kesan mendalam kat diri aku. Dia ingatkan aku time aku lalai mengejar cita-cita sampai lupa pada tanggungjawab sebagai anak. 


Mak, abah I really love you guys. 

OK NI GAMBAR SETAHUN LEPAS. PIPI TEMBAM NAK PERGI MANA

Thursday, 5 March 2015

.

Hi

It is not easy pretending that you are okay when you are already had so much problems around you.
Yeah maybe all the problems come from me but at least give me little bit time to solve all of them.
Don't push me to make a decision bcs i really don't want it.

Thanks to everyone who supported me until now. I really appreciate it and i love you guys.
Stay with me and i will make you happy. I'm promise :)

Bye

Wednesday, 25 February 2015

MOVE ON GIRL

Hi :)

My friend told me ' love the person who love you not person that you love '
Yeah maybe all the things happen for a reason. 

Aku bukan give up on love. Tapi aku kena perbetulkan dulu diri sendiri buat masa sekarang.
Sometimes people easily getting hurt because of me. Iecha please jangan suka susahkan orang lain next time.

Aku rasa aku kena ambil beberapa tahun untuk memperbaiki diri. Alah umur muda lagi kan banyak lagi masa nak fikir pasal cinta. 

Just focus on study and inshallah i hope in the future i can see you again.

Bye :*

Sunday, 9 February 2014

BE A GOOD WIFE AND MOM-TO-BE :)

assalamualaikum 
hye guys


as uolls know my sis got married last month.so here i want to show some pictures of us during that day.yeah absolutely the day was very happening.











okay that all.later i will upload more.bye guys :)

Friday, 24 January 2014

THE TIME BEGINS TO LET YOU GO :(

Assalamualaikum. hye uolls

tomorrow 24.1.2014, have solemnization event my sis with her chosen partner for her entire life.. awhhh.
im glad because im gonna have new brother n niece soon.
but at the same time im very sad because of our relationship will not same as usual.
yeahh soon she will have her own husband, her own life.
that will be hard getting along together as usual.

okay i understand the situation which is i need to sacrifice all.
she deserve to get better and normal life like other people.
she deserve to be happy.

so please be happy my sis.
im always pray for your happiness, healthiness, wealthiness
dont disobey your husband okay.
remember, whatever n whoever he is, your happiness here after depend on him.

to get happiness in your relation,
responsible, loving, give n take concept, helping each other are the keys.
so why not you guys practice all them.
Insha Allah everything gonna be fine.

please sis, dont forget we all here.
we gonna missing you soon.
taking care of yourself and husband.
I LOVE YOU SO MUCH !


special love letter for my lovely and nice sister,
NORAMILA YANTI BT SAHLAN <3


lotsa love,
nurhasniza sahlan
1.44am 24th jan 2014 

Saturday, 11 January 2014

CORETANKU UNTUKMU...MANUSIA

Aku bukan bodoh untuk mengharap
Aku cuma mahu melihat apa yang terjadi pada masa akan datang.

Aku bukan sedih ini yang terjadi
Aku cuma kasihan sebab manusia tak reti untuk tepati janji.

Aku bukan mengalah dengan takdir
Aku cuma mahu menguji keupayaan diri sendiri.

Manusia memang tak terlepas dari membuat kesilapan
Tapi kenapa hanya aku seorang yang dipersalahkan.

Ya mungkin aku buta dalam dunia sendiri
Tapi itu dulu
Sekarang aku lebih celik untuk melihat warna sebenar dunia
Yang semua manusia impi-impikan.

Ya Allah,
Apa yang telah terjadi?
Inikah karmaku yang telah kau beri.

Tunggulah manusia
Suatu hari nanti kau akan melihat aku siapa
Aku cuma takut kau akan termangu bersama-sama.

Aku hanya doakan kau bahagia bersamanya
Selamanya....




-nurhasniza-
7.1.2014
8.10pm

Wednesday, 4 December 2013

RANDOM

ASSALAMUALAIKUM..

hye uolls. dah start sem baru ni terasa macam banyak pulak benda nak kena fikir. fikir family, fikir belajar, fikir kawan, fikir diri sendiri, fikir projek, fikir masalah, banyak ah lagi nak kena fikir dalam satu masa.

sebenarnya ada rasa rindu dengan orang-orang kat rumah tu. nak balik tapi keadaan tak mengizinkan. this sem ada dua projek nak kena buat. BIO300 and ENT300. kalau balik bila nak discuss, bila nak jumpa supervisor, bila nak buat proposal lagi. tu yang hang on dulu niat nak balik rumah.

cita-cita memang nak buat yang terbaik untuk 2 sems left ni. Insha Allah i will try my very best. haritu ada pergi convo my bro kat UiTM penang. aku sangat jeles dengan dia tau. dia ambik mechanical engineering untuk diploma. memang seorang yang sangat busy dengan tugas. buat itu buat ini. tapi dia boleh buat yang terbaik untuk pelajaran. aku sungguh terkesima dengan usaha dia.

memang daripada kecik-kecik dulu kiteorang suka bersaing dalam pelajaran. my mum cakap dulu aku yang mengekalkan takhta sebagai juara among adik beradik. tapi makin besar makin besar perangai dah berubah. makin teruk. sebab tu sekarang ni abang aku pulak juara. bila fikir balik, aku sangat menyesal dengan perkara lalu. 100% memang salah aku. im sorry :(

bila buat satu keputusan kena fikir banyak kali either its good or bad. jangan fikir keseronokkan sekarang tapi tak fikir kesedihan akan datang. ha yang ni general. untuk sesiapa yang terasa, please change yourself from now. bukan apa, aku taknak sesiapa kecewa nanti. memang belajar daripada kesilapan. tapi sebaiknya janganlah buat silap. 

always think positive. janganlah bila nampak sesuatu yang buruk terus fikir ha ni tak baik ni. mulalah fikir bukan-bukan. first step kena fikir dua tiga kali. second step buat research sikit. third step kena split into good or bad. last step baru boleh bersuara kalau betul and kalau tak betul diam je la. its better before it become worst. memang dah banyak pengalaman buruk bila buat something main serbu je. lepas ni memang akan lebih berhati-hati.


one of my mission nak turunkan berat badan tanpa menggunakan sebarang jenis dadah dan alat pembantu. nak berat ideal tak susah kalau pandai jaga pemakanan dan exercise regularly. ada certain orang even dah kurus nak kurus lagi. ntah nak kurus macam mana lagi pun taktau lah. but its not me. dengan keadaan yang sekarang ni aku dah tak perlu nak kuruskan lagi. cuma nak kurangkan berat. tak semestinya badan kurus tapi ringan. aku lah tu. cehh kau perasan gila kurus cha. tolong jangan muntah uolls. bila aku cakap aku diet mesti ada suara-suara yang cakap kenapa nak kurus lagi? hello aku cuma nak kurangkan berat la. sila faham konsep aku kat sini.

dan almost 2 years aku macam ni. macam apa?? mesti korang tak percaya kan aku dah jarang gila gunakan henfon even message or call. selalu jugak tertinggal henfon bila pergi mana-mana. kengkadang tu sengaja je tinggal sebab fikir takde sapa nak hubungi aku. cehh ayat. tapi bila fikir balik perlu jugak aku bawak henfon ni. kotkot urgent, mak call ke. ada jugak kawan tanya tak mesej boifren ke? aku cuma balas dengan ketawa kecil. hehehe. even roomate sendiri pun ada tanya. maybe sebab dia nampak kot aku tak pegang henfon setiap masa macam dia. hidup kita berbeza kawan :)

lately aku selalu mimpi benda yang menakutkan, yang pelik-pelik. terus rasa nak bangun tidur cepat-cepat. ada tu aku menangis sambil tidur sebab tak sanggup mimpi tu jadik in real life. mungkin ada sesuatu yang cuba nak disampaikan kat insan kerdil seperti aku ni. 

oh my sis dah nak bersuami lepas ni. tak sabar nak kenduri besar-besar. tapi yang taknak kena kemas balik lepas kenduri la. not my passion but my responsibility to do so. dah mula rasa sebak dah sekarang ni. tak lama lagi ada cuti midsem 2 minggu. aku dah tahu dah kerja apa yang bakal jemput aku kat rumah tu nanti. tapi aku enjoy as long as my family have been there. 

hei aku rasa dah banyak sangat aku membebel dalam ni even aku tahu uolls bosan nak baca kan. sorry eh aku memang takde bakat nak tulis ayat power-power yang boleh tarik perhatian uolls. sekadar catatan aku dan perkongsian bersama. ayat- ayat kali ni memang banyak yang macam buat karangan bahasa melayu. harap maklum. semoga hidup kita semua diberkati oleh Tuhan yang maha esa, ALLAH.

assalamualaikum.. babai :)



Tuesday, 26 November 2013

LONG TIME NO SEE..HOW ARE YOU?

Assalamualaikum and hai uolls..

Sudah lama rasanya tidak ketemu. Rindu dihati menyuruh aku untuk menulis kembali setelah berbulan-bulan ditinggali.

Kau dah kenapa cakap camni?

Maklumlah haritu kan nak exam final. Nak study lagi. Nak siapkan itu ini lagi. Mana sempatnya nak hapdate belog ni. Dah lepas final pulak cuti sebulan lebih. Duduk rumah memang susah la nak tengok aku bukak laptop. Bukan takleh nak update blog guna hp or tab or whatsoever tu. Tapi aku lebih selesa gunakan laptop. Lebih puas gituww.

Dan duduk di rumah bukan kerja makan tidur goyang kaki je. Banyak benda nak kena settle. Kerja-kerja rumah sudah pasti aku kena buat tatkala cuti sebab my mum kerja kakak-kakak pun takde kat rumah. Nak harapkan adik laki aku oii susah betul nak disuruh. Tapi takpe, next year kau nak SPM kan. Aku bagi chance sikit. Aku kan kakak yang baik J

Lagi-lagi tahun depan jugak Insha Allah kakak aku sorang tu nak kahwin. Hai makin bertambah la kerja kat rumah tu. Cat every part of the house. Kalau kecik takpa lagi. Kemas rumah sebab my dad pasang jubin kat certain part. Banyak lagi tu pun tak habis lagi ni. Before aku balik pilah semalam aku ada pesan kat kakak aku tu suruh sambung kerja-kerja yang terbengkalai. Hahaha. Bakal pengantin kena buli dengan aku. Dah dia yang nak kawin, dia la yang kena kemas. Itulah konsep aku.

Cakap pasal kakak aku nak kawin ni sebenarnya kekadang tu aku sedih jugak. Yelah kakak yang selama ni ada je kat rumah bila aku mintak tolong ke, mesti dia akan tolong. Kalau aku ada masalah ke, mesti dia sudi dengar. Like everything she was there with me. Gelak sesama, makan sesama, pergi jenjalan sesama, masak sesama, kemas rumah sesama. Semua nak buat sesama tau. How can I adapt when one day I must do independently??

Tapi itulah kehidupan. Setiap orang nak berpasangan, nak bahagia. Aku faham perasaan dia. Kesedihan dan kegembiraan dia aku dapat rasa. Lepas ni dah jarang lah nak nampak dia kat rumah. Aku doakan kebahagiaan kakak aku dengan tunangnya bila dah nikah nanti.

Deyy,, apa cerita sekarang. Tak syiok la. Tunggu lah besoknya dia nak kawin ke barulah nak sedih-sedih semua.

Ha, before kakak aku nak kawin tahun depan, my family pergi holiday kat Sabah haritu. One week before I am back to Philahdelphia ni. Berseronok-seronok sesama dulu. Nanti dah jadik isteri orang feeling dia dah lain sikit. Tapi taknak cerita sekarang. Tunggu aku copy gambar daripada kakak aku dulu baru aku cerita from A to Z. Yang aku boleh kata “this is fantastic”. Perghh cliché gituww.


Okaylah hilang mood bercerita dah. See you next entry guys. Assalamualaikum J

Tuesday, 24 September 2013

FINAL EXAM IS COMING !!!!!



ASSALAMUALAIKUM… and hye uolls :)


Banyak pulak benda yang aku nak cerita ni. Memandangkan khamis ni aku dah start paper chemistry untuk final,, rasa dedor pulak jantung ni aihh.. organic chemistry kot. Banyak sangat benda yang nak kena hafal. Aku ni pulak jenis yang tak suka menghafal bebanyak. Ha memang kaw-kaw la aku study. 


 Dinding-dinding ruang tamu sudah dipenuhi dengan mechanism-preparation and etc . ni baru sikit ni. Almaklumlah tak habis study lagi. Meja study pulak Alhamdulillah masih terkawal.

Tilam aku masih lagi tak terusik. Tu namanya aku dah berjaya tak tidur dari pagi sampai petang. Before ni berkali-kali jugak aku tidur sebab malas nak study. Syabas untuk aku kerana berjaya meningkatkan prestasi tidak tidur. Yay! 

Kalau mata macam dah acah-acah nak tutup tu, aku menyanyi depan tingkap. meja study dengan tingkap sekangkang kera je. senang lah aku nak intai sesiapa yang tengah dating di minggu exam ni. hahaha. Kot-kot jiran sebelah tengah tension study tu, dapat la jugak bergembira sikit dengar suara aku yang lunak merdu ni (konon je lunak.tapi hampeh). Padahal dalam hati diorang mesti panas je kan dengan aku. kahkahkah. Sorry eh orang sebelah, aku cuma nak hilangkan ngantuk and stress belajar je.

And kalau korang nak tahu, aku ni mula nak berdiet. Konon-konon jaga badan lah. Aku try makan muesli. Aku makan brand first choice je. Not bad jugak la rasa dia. Boleh la nak lawan brand yogood (eh macam ni ke eja dia). Hehehe. Kengkadang kalau rajin minum  teh clenx tea. Teh tu fungsi dia macam nak buang toksin dalam badan kot. And at the same time dapat kuruskan badan kita. Sebenarnya aku curik kakak aku punya kat rumah haritu. Nak tahu jugak apa rahsia dia boleh kurus. for those yang tak suka minum teh yang totally teh tanpa ada sedikit gula pun, korang tahyah la sesibuk nak try. nanti korang membazir je buang. Lol

Ha nak cerita jugak pasal aku dengan le housemates pergi jogging ahad lepas. First time kot aku pergi jogging sepanjang berapa banyak semester aku kat uitm ni. Nampak tak betapa pemalasnya aku. hehehe. Konon plan nak gerak lepas subuh. Tapi dah pukul 7.30 pagi semua masih terbongkang atas katil lagi. Apedahhh. Tapi aku bangun eh pukul 6.50 pagi tu solat subuh. Then tengok rumah masih gelap serta sunyi dan semua macam seronok je tidur, aku sambung la balik tidur aku. hehehe. 

Semestinya aku la orang paling semangat sekali jogging. Paling depan tu bersama sofhia. Tapi last-last aku yang sakit dada. Oxygen tak sampai atas kepala. Habis pucat muka aku. ape ni atlit olahraga sakit?? Ha tu time high school boleh la cerita. Lepas habis sekolah je aku terus diamkan diri dari bidang olahraga ni. Asik duduk dalam bilik layan runningman je. Lepastu dah tak biasa bersenam, sekali jogging je terus sakit. Ha uolls jangan jadik pemalas macam aku ni okay.

Pssstt.. meh sini aku bagitahu rahsia. Sebenar-benarnya kiteorang bukan lah nak sangat  jogging time weekend macam ni pun. Alasan je. Kiteorang nak pergi makan roti canai and nasi lemak kat kedai pak kassim depan pintu gerbang uitm tu je. Hahaha. Baguslah tu lepas exercise melantak  nasi lemak. Aku la order paling banyak sekali. Tamak macam nak makan semua je. Tapi memang kenyang lah. Sampai esoknya aku tak makan. Alhamdulillah. Hah malas lah nak cerita pepanjang. Korang tengok jelah gambar-gambar ni.



































lau tak kenal aku yang mana satu. aku yang pakai baju biru, tudung syria yang macam tak cantik bila aku pakai, and pants warna cokelat cair tu.sebenarnya tracksuit aku semua aku dah angkut bawak balik rumah. terpaksa lah pakai pants ni walaupun macam tak sesuai gitu pergi jog :) and tu pun ada orang yang sudah pertikaikan. urghhh

dalam diam diorang ni semua gila gambar lebih daripada aku rupanya. semua tak tentu hala bila nampak kamera. lawak la korang ni. anyway thanks tau korang sebab jadik housemate aku yang the best among the best. walaupun dah nak akhir-akhir sem ni kita baru macam nak rapat, i appreciate it. love uolls <3


Okay dah la uolls. Aku nak sambung study ni. Kena strive untuk dapatkan A untuk chemistry 257 ni. Alhamdulillah carrymark okay. Harap sangat aku dapat merasai nikmat pergi dinner dekan semester depan. Kahkahkah. Pray for me eh uolls.. thanks :P

assalamualaikum



Tuesday, 17 September 2013

THE MEMORIES COME AND I HATE TO REMEMBER !

salam.. 
and hye uolls :)

wahh tajuk entry macam gempak je kan. camni. aku bukan apa. aku cuma tak suka nak ingat balik apa-apa yang pernah menggores, mengguris, mencalar dah segala hape tu jiwa dan perasaan aku. i hate to remember every seconds about that. it is really hurting. if you know how hurt i am, you will know how bad i am.

it same when i don't want to hurt other people. cause i know what the feeling is. i feel that i am very stupid. not use my brain to THINK! hey hasniza! you were getting older. how come you can do such thing that you will know the effects. you such  a loser girl. 

thats why i don't want the memories come because i don't want the same thing happen again. i am very grateful because He still wants to help me and bring me to 'jalan keredhaan' before it is late. i am thankful because He gives me a very precious things that i never neglect it. 

and i want to tell you that i am very tired with all this. i don't want to think about that anymore. if you know what is better to do, you can find and tell me. tell me the truth. i am happy with my life now. don't think that i am cannot live without you 'guy'. 

i hate to remember all the things about you

ahh apa aku merapu. english tonggang langgang pastu nak tunjuk kat orang ramai. memang malu. tapi at least try is better. sampai bila taknak practice kan. sorry if entry kali ni macam terover feeling pulak dah kan. i just want to tell you what is true life. bye :)

Tuesday, 3 September 2013

HAPDATE UNTUK IZYAN JAMIL :) SPECIAL FOR YOU FRIEND



Assalamualaikum and hye readers :)

Banyak benda aku nak cerita sebenarnya ni. Tapi yang paling penting sekali aku nak bagitahu bahawasanya final exam aku dah nak dekat. Ohoi gila ke apa 26 september ni dah start 1st paper. Nak percaya ke tak nak percaya ke, terpaksa percaya.

Macam tak sangka kan dah nak final. Yelah mana tak nya, sepanjang belajar memain. Bukannya masuk sangat pun apa yang diajar dalam kelas. Dah tak masuk tu pulak bukan nak study sendiri kat bilik. Almaklumlah orang pemalas macam aku ni memang semua nak serve depan mata je. Kelas pun ada jugak ponteng kekadang.  Memang tak dapek la den nak nolong

Tapi macam mana pun aku kena prepare dari awal seperti sekarang ini. Kahkah kelakar ayat aku. Aku kena kurangkan tidur. Ni asal balik kelas je mesti tidur. Macam orang yang tak tido malam je. Konon ngantuk sangat lettew. Aku kena kurangkan main, kurangkan melaghakan diri. Aisshhh susah betul dugaan banyak depan mata ni. Hiksss

Actually ada sorang kawan aku ni mintak aku hapdate entry pasal dia. Yelah nak jugak dia famous dalam blog aku ni kan. Aku pun yekan jelah. Kawan punya pasal kan. :D
Okay start eh. Aku ada sorang kawan perempuan ni.(kawan perempuan je mampu) nama dia nur izyan bt jamil. Hah femes kau yan! Nama penuh sekali aku letak. Hahaha. Dia ni baik sangat orangnya. Lemah lembut, penyayang, kelakar, sopan santun, banyak lagi lah. Dia minat baking and cooking. Ada satu hari tu time aku duduk kolej melang sesame dengan dia (nak tahu entry kolej melang? Clicksini ), dia bagi kami semua satu rumah cupcake yang dia buat. Sedap okeh dia buat sendiri. cupcake perisa peach. marvellous delicous gitu

Sebenanya aku nak mintak lagi tapi segan ah nanti dia cakap aku ni tak malu. Ngeh ngeh ngeh

Aku pun terpikir lah. Kenapa dia boleh buat kek sedap-sedap tapi aku buat tak penah nak sedapnya. Aku tak tahu apa yang kurang skill baking aku ni. Skill cooking dah boleh kata hebat dah. Ecewah memain je. Mungkin aku tidak dilahirkan untuk menjadi seorang pembuat kek dan yang sewaktu dengannya. Mugkin lah kan. Mana tak nya, aku penah jugak try buat pavlova, red velvet, chocs moist, tapi ada je yang kurang. Lepas tu pulak family aku tak teringin nak makan pun. Sobs sobs  =_=

Actually aku tak kesah pun if depa tak nak makan. Asalkan aku puas sebab dah berjaya bazirkan ingredients yang sepatutnya tak perlu membazir pun takpa. Kahkahkah. Berbalik pada cerita yan tadi ye. Kan aku cakap dia ni baik. Yes she is very kind to me! Kengkadang tu dia bawak aku sekali naik motor dengan dia if ada kelas lambat or balik awal ke. Mintak je tolong apa-apa kat dia, dia mesti tak penah nak hampakan permintaan aku. thanks yan cause treat me well since we knowing each other.

Apa yang aku tahu sekarang ni, dia selalu balik JB every week. Why?? Sebab dia bosan duduk sensorang kat melang tu. Kesian yan kan. Kami tinggalkan yan sensorang. Jahatnya kami. (kami=aku, sara, zila, arina, umi). Yelah time duduk melang kami habiskan masa sesama. Makan sesama, mandi sesame, borak sesama. Pastu sekarang yan dah takda kami. Rindu kami lettew. Sory eh tak berniat nak buat yan macam tu. Anyway, I am always be there if you need help. My pleasure yan.

Okay lah banyak pulak aku nak tulis pasal yan ni. Lemak ah nak femes lelebih. Hehehe. Amacam yan? Beronok-ronok lah anda sebab aku dah hapdate entry untuk kau je. Sebagai balasan, aku nak ayam uncle jack satu! Aku tak rasa lagi ni. Hahaha. Kepada anda-anda diluar sana yang nak jadik femes seperti yan, bolehlah menghantar request anda melalu email saya. Eiii geli mak. Nak kemana femes-femes ni.

Last but not least, mohon anda-anda yang baca entry aku kali ni, doakan kejayaan aku masa final exam nanti boleh? Aku teringin sangat nak rasa dapat 3.80 above tu cemana. Thanks dear. Love you!! Salam and babai :)


ni lah izyan cik adik si cantik manis tu. kahkah. sory beb aku curik gambar kau lagi. aku cuma nak bagitahu je kau lah gerangan yang aku ceciter kan ni. thanks :D