iecha sayang sangat kat kamu semua.. memang tak ada orang lain yang faham iecha. bila iecha susah, korang sentiasa ada bersama. bila iecha senang, kita happy sama-sama. iecha rasa bersalah sangat sebab menyusahkan kamu semua dulu. iecha minta maaf atas kesalahan iecha selama ni. tak tahu macam mana nak tebus balik kesilapan tu semua.
abah,
terima kasih sebab jadi ayah yang paling sempurna dalam hidup iecha. tak tahu macam mana hidup iecha tanpa abah. mesti iecha tak berjaya macam sekarang kalau abah tak ada kan. abah sanggup bersusah payah memerah keringat demi iecha dan keluarga kita. iecha nampak kesungguhan abah bekerja demi memuaskan hati semua. walaupun abah tak tunjuk semua kasih-sayang abah kat kami semua, tapi iecha tahu jauh disudut hati abah,abah sayangkan kami semua. abah nak kami bahagia hidup bersama-sama abah kan. iecha akan buat abah bahagia sebelum abah tinggalkan kami semua. lagi satu, terima kasih sebab abah memenuhi segala permintaan iecha selama ni. kalau ada 10 iecha minta, abah mesti tunaikan 8 daripada tu. walaupun abah marah, iecha tahu itu tandanya abah sayang. abah tak mahu perkara buruk berlaku kat kami semua. iecha ingat lagi sebab mengapa kita sekeluarga kurang rapat dengan abah.. yelah dulu masa kami adik-beradik kecik,kita jarang duduk serumah,abah duduk kat kampung.kami duduk kat quarters klinik sebab mak kerja kat situ.kami belajar pun kat sekolah yang agak jauh dengan rumah abah.kita jumpa pun time abah hantar kami kesekolah waktu pagi dan time weekend. so masa untuk bersama dan bermesra bersama abah itu kurang. kami tak rasa kasih sayang sepenuhnya dari abah. tapi sekarang kami mengerti itu semua. abah dan mak buat begitu sebab untuk kebaikan bersama. dan sekarang iecha dan semua anak-anak abah yang lain akan berusaha memperbetulkan hubungan kita semua akan menjadi lebih sempurna..maaf sekiranya masih ada lagi kekurangan sebab kami berasa awkward sedikit. apapun abah jangan gusar kerana kami tak mengambil hati langsung dengan perkara itu. abah hanya perlu tahu bahawa mak,kak mimie,kak ira,abang,iecha n udin sangat sayang kat abah. kami tak sanggup berjauhan dengan abah buat kali kedua. iecha sayang abah!
mak,
terima kasih sebab bagi kesempurnaan dalam hidup iecha.tanpa mak, tiadalah kami berlima kat dunia ni. iecha tahu betapa sakitnya mengeluarkan iecha dalam rahim mak masa 10/12 bertahun yang dulu. tapi akhirnya iecha senang-senang je melukakan hati mak kan. iecha minta maaf sangat buat mak macam tu. kenapalah iecha sanggup buat kita sekeluarga macam ni.. bodohnya iecha. macam orang yang tiada akal. mak sentiasa memahami iecha. ada haritu iecha sedih sangat sebab iecha diperlakukan macam orang yang tiada perasaan oleh seseorang. iecha cerita kat mak. then mak bagi semangat kat iecha. mak bantu iecha dari belakang. mak tak pernah bagi cadangan negatif bagi menyelesaikan masalah iecha. mak memang faham sangat keadaan iecha masa tu..lepas haritu, iecha jadi semangat nak tempuh semuanya. iecha jadi lebih kuat untuk hadapinya. mak, terima kasih sebab sanggup berhabis duit untuk iecha. iecha mengaku iecha boros sangat guna duit yang mak n abah bagi. bila mak call tanya pasal duit ada lagi ke tak, iecha cakap la ada sikit je. mula-mula mak memang marah. tapi last-last bertambah jugak duit kat bank iecha tu. iecha tahu mak tak sanggup anak mak susah sebab tak ada duit kan. mak nak anak mak semua belajar dengan senang tanpa bersusah payah macam mak belajar waktu dulu. iecha tahu mak banyak penyakit. tiap hari mak mesti telan berbiji-biji pil untuk mengurangkan kesakitan tu. so,iecha selalu berdoa agar umur mak panjang. iecha nak tebus balik kesalahan iecha tu semua. biar mak dapat tengok iecha berjaya dan bahagia dalam hidup iecha. iecha sayang mak!
kak mimie,
terima kasih sebab jadi kakak yang sentiasa bagi moral support kat iecha. sejak kakak kerja ni, iecha selalu paw duit kakak kan. macam-macam iecha minta. iecha rasa beratus-ratus jugak la duit kakak habis semata-mata nak bagi kepuasan kat iecha. walaupun kakak bagi alasan macam mana pun, akhirnya kakak jatuh jugak kat tangan iecha. kakak tak sampai hati kan nak tengok iecha tak tentu hala minta duit hari-hari. hehehe. kakak pun sentiasa ada bersama iecha bila susah dan senang. sentiasa bagi kata-kata semangat bila iecha rasa down. tak tahu apa jadi bila iecha tak ada moral supporter macam kak mimie ni. iecha tahu setiap teguran daripada kakak mesti ada sebabnya. tapi iecha degil taknak dengar tu semua sampai akhirnya jadik macam ni.. sory sangat sebab tak dengar nasihat dan teguran kakak selama ni. iecha tak tahu antara kak mimie dengan kak ira, siapa yang lagi rapat dengan iecha sebab dua-dua iecha rasa sama. susah senang kita bertiga sama-sama. bila kat rumah, kakak sabar je dengan perangai iecha kan. sampai dah malas nak layan. iecha perasan benda ni akhir-akhir ni. bila iecha cuti n balik kampung, biasalah bangun pagi lambat sebab nak bayar semua hutang-hutang tidur masa kat kolej. kakak tak marah pun kat iecha, tak ada pun kejut iecha suruh buat breakfast ke, suruh basuh baju ke, suruh kemas rumah ke. (tapi solat subuh aku bangun ma.lepastu tidur balik) iecha bangun-bangun tengok kakak susah payah tonggang-tonggek bilas baju kat bilik air. iecha pun pelik sebab dulu kakak pantang bila iecha bangun lambat. nanti iecha tak buat kerja lah kat rumah. basuh baju tak, buat breakfast tak, semua tak. tapi sekarang semuanya tidak lagi. tapi iecha berusaha untuk memuaskan hati semua pihak dengan mengambil bahagian dalam mengerjakan kerja di rumah. ha kak mimie, cepat-cepat la kahwin.orang dah ada depan mata jangan sia-siakan. iecha doakan kak mimie dapat jodoh yang sesuai dan sanggup terima kekurangan dan kelebihan kak mimie. iecha sayang kak mimie!
kak ira,
terima kasih sebab jadi kakak iecha yang kedua dan yang terbaik. kak ira sama dengan kak mimi. sentiasa membantu iecha bila susah dan sama-sama gembira bila iecha senang. sekarang ni kita dah susah nak berinteraksi sebab kakak duduk kat sabah.. jauh tu oversea. kadang-kadang je dapat cakap bersama dalam telifon. tu pun bila iecha balik kampung and mak call kak ira. kalau tak, takdanya kita nak bebual kan. walaupun kadang-kadang iecha ni buat kakak rasa menyampah, tapi kakak tahankan je layan iecha. last-last bila dah tak tahan sangat, kakak dah malas nak masuk campur lagi.. haha lawak. kakak banyak membantu time iecha urgent memerlukan bantuan. terima kasih sebab jadik driver iecha dan mak "masa tu". kakak sanggup tunggu iecha selesai. kadang-kadang taste kita sama. apa-apa yang kakak suka,iecha pun suka.so daripada situ, kita bertambah rapat. terima kasih atas semua barang-barang kakak yang iecha pinjam selama ni..sampai sekarang kot iecha pinjam lagi. memandangkan saiz badan kita lebih kurang sama, lebih kurang 9 daripada 10 barang-barang yang kakak tinggal kat rumah semua iecha guna..semua iecha bawak pergi kolej.kadang-kadang tu ada kawan cakap baju iecha lawa. dia tak tahu yang itu baju kak ira. hahaha.mengambil kesempatan semuanya. boleh dikatakan banyak jugak la barang yang kita kongsi kan..eleh kak ira pun ada jugak guna barang iecha.kan??tapi amat sedih sekali sebab kami tidak dapat berkongsi kegembiraan dengan kak mimie sebab saiz badan kami tak sama! sory kak mimie :) tapi apa-apa pun kak ira memang kakak yang best lah. semoga kak ira dengan abang obo-obo bahagia dunia akhirat. jangan gaduh je kamu tu dah nak bersama tak lama lagi. terima pasangan anda seadanya okay :) (cewah nasihat orang pulak aku.diri sendiri tu lintang pukang) iecha sayang kak ira!
abang am,
terima kasih sebab jadik seorang abang yang terbaik untuk iecha. walaupun kita berlainan jantina tapi abang dapat tunjukkan sayang abang kat iecha dengan jelas. abang tak segan nak bantu iecha dalam apa jua keadaan. abang sentiasa bagi nasihat, bagi kata-kata semangat kat iecha. abang suruh iecha belajar rajin-rajin. iecha nak jadik pandai macam abang. aishhh susahnya nak kalahkan kepandaian abang ni.. yang iecha tak puas hati sekarang ni,, abang belajar tak seberapa tapi result boleh tahan hebat. iecha ni belajar bagai nak rak, tapi result alahai sedih! (rak la sangat aku belajar.fb,twitter,ni campur blog lagi.mcm mana nak cemerlang ni iecha) abang jadik inspirasi bagi iecha untuk belajar sungguh-sungguh. yelah iecha tengok abang sibuk dengan pelbagai aktiviti uni. tapi abang tak sia-siakan pelajaran abang. lagi satu iecha kagum dengan sikap abang yang bijak menabung. abang cakap yang scholarship abang dapat dari jpa tu abang simpan kat bank. sekarang ni adalah lebih kurang 8 riban sepanjang 3 tahun abang amik diploma ni.. duit tu nak buat kahwin dengan kekasih hati pengarang jantung dia katanya..utunglah kak fi*** dapat abang kita yang handsome,penyayang dan baik hati ni.. tak lupa juga abang seorang yang penyabar. abang sabar layan perangai iecha. tapi bila dah tak tahan sangat, terlepas jugak lah kemarahan tu kat iecha. tapi seriously abang memang penyabar orangnya. bila mak, abah, even orang luar marah kat abang pun, abang susah nak tunjuk ego. abang akan buat rilek biar tak jadik benda yang lagi teruk.bagus betul lah abang ni. ingat lagi dulu time kecik-kecik kami selalu gaduh.tak main la cubit-cubit ni.tu makanan budak lemah je.kami bertumbuk,berlempang(eh ada ke bm berlempang?) dan segala jenis pergaduhan yang dikira dahsyat bagi kanak-kanak akan kami lakukan jika kami bergaduh. masing-masing taknak kalah. tapi last-last iecha lah kalah sebab iecha perempuan dan iecha ni adik. mak mesti la backup abang sebab iecha perlu ada rasa hormat kat orang yang lebih tua. memang macam anjing dengan kucing lah kami berdua. tapi sekarang semuanya tidak lagi. sama-sama dah besar.so tahu apa yang baik dan buruk. malahan kami bertambah rapat bagaikan sudah lupa dendam kesumat time kecik-kecik dulu..hehehe.iecha sayang sangat kat abang am!
adik udin,
terima kasih sebab udin lah satu-satunya adik yang kakak ada yang sanggup terima kakak seadanya.walaupun udin susah sangat nak panggil aku kakak,tapi kakak nak jugak bahasakan diriku kakak disini. udin ni memang liat betul mulut dia nak panggil kakak iecha. mak pun dah malas nak tegur udin suruh panggil kakak iecha. dulu kakak terasa jugak la dengan udin sebab tak panggil kakak kakak iecha. yelah kakak kan kakak udin jugak.tak fair lah udin just panggil kak mimie n kak ira kakak. (mesti lidah korang tergeliat kan baca berapa banyak kakak kat sini..hehe) how about me?tapi sekarang dah tak sedih dah.kakak tahu kamu malu kan nak panggil kakak iecha.tapi dalam hati nak sangat panggil kakak kan.biasalah perasaan lelaki memang susah nak diungkapkan dengan kata-kata. lagipun udin dah semakin dewasa.yelah dah form4 la katakan.awek keliling pinggang..hot stuff gitu.tak kira secret admire lagi ni. wahwah.. tapi apapun kakak nasihatkan udin pandai jaga diri, jangan mudah terikut dengan orang yang bawa kamu kejalan yang salah. kakak cakap ni sebab kakak tak nak udin jadik macam kakak. buatlah yang terbaik. mak ngan abah letak harapan tinggi kat udin untuk berjaya dalam pelajaran. tinggalkanlah benda-benda buruk. lakukanlah benda yang diredhai Allah tau adik udin. kakak sayang sangat kat udin. memang udin tak pernah perasan kasih-sayang kakak kat udin..kakak dah banyak kali tunjukkan betapa kakak sayang sangat kat udin. udin ialah salah satu sumber untuk buat kakak ketawa terbahak-bahak.udin boleh buat kakak lupakan stress kat kepala bila kakak balik kampung. kakak rasa hidup kakak tak sempurna kalau udin tak ada sehari kat rumah. terima kasih sebab sudi tolong kakak selama ni.nama pun adik,dah tentu kakak menggunakan sepenuh kuasa sebagai kakak kat udin. macam-macam kakak suruh udin buat. even benda tu remeh pun kakak paksa jugak udin buat.sampai udin dah makan dalam je dengan kakak kan. sory tau adik sayang.kakak cuma nak mengeratkan lagi hubungan kita. terima kasih jugak sebab udin sanggup terima kakak seadanya.udin sanggup terima kesalahan yang kakak dah buat. banyak lagi jasa dan kenangan kakak dengan udin sampai tak terungkap dek kata-kata dan tak tertulis dek tulisan.kakak sayang sangat kat adik udin!
terima kasih lagi sekali buat semua sebab sanggup terima iecha dalam hidup kamu semua. iecha tak tahu apa jadik dengan hidup iecha jika kamu semua tiada untuk membantu iecha bangun semula daripada jatuh,kejut iecha daripada lena yang panjang pada waktu dulu. ya betul sekarang ni iecha lemah,iecha tak berdaya nak hadapi semua ni..tapi Allah telah siap sedia dari dulu bagi iecha sebuah keluarga yang saling bantu membantu,saling sayang menyayangi, saling terima qada' dan qadar dengan redha. untuk mak dengan abah, terima kasih sebab melindungi iecha dengan baik. kamu berdua sanggup berikan yang terbaik untuk iecha. tapi cukuplah dengan semua ini. iecha rasa jika memang bukan dia yang terbaik untuk iecha, iecha redha mak.iecha redha abah. biarlah mereka dengan hidup mereka. kita ni sebagai satu keluarga perlu teruskan hidup kita sebab kita berhak dapat hidup yang bahagia. lagi sekali terima kasih (weyh berapa banyak terima kasih lah) sebab kamu semua sanggup memberi sepenuh kasih sayang yang tak terhingga kepada sumber kekuatan iecha sekarang ni. iecha memang tak terlintas langsung bahawa kamu semua akan menjadi seperti ini. semoga kita sekeluarga akan tetap menjadi sebuah keluarga yang bahagia dunia n akhirat.iecha sayang semuanya!
salam sayang daripada:
nurhasniza sahlan <3
#mungkin kamu semua tertanya-tanya kenapa aku meluahkan perasaan aku kat sini kan?eh sukahati aku lah nak update apapun. ini blog aku. boleh jadik diary aku. nanti dah tua aku boleh baca balik. at least tak boleh hilang daripada ingatan..eh tak la.maaf andai ada terkasar bahasa.aku tulis ni sebab aku nak bagitahu kat family aku dan korang semua apa perasaan aku. aku ni kan pemalu.so aku malu nak face-to-face dengan diorang. aku takut aku tak sempat nak ucapkan ni semua kat diorang. yelah ajal maut kat tangan tuhan.tiada siapa yang tahu. kepada sesiapa yang sudi membaca,thanks tau.kepada sesiapa yang menyampah,dengan hormat aku alu-alukan korang supaya jangan nak menyemak kat sini.
okbye..assalamualaikum.
berdiri dari kiri:aku dan kak mimie duduk dari kiri:abang am,mak,abah,adik udin (time ni raya 2012.kak ira tak balik semenanjung.so dia takde dalam gambar ni.maaf) |
ha ni kak ira yang comel loteh..kepada sesiapa yang berkenan untuk dijadikan calon isteri,calon menantu, dan apa-apa calon yang sewaktu dengannya,harap maaf sebab dia dah berpunya. (gambar ihsan fb) |
No comments:
Post a Comment