CLICK ME PLEASE ! THANKS :)

Saturday, 23 March 2013

CORETAN SEPANJANG BEBERAPA MINGGU

Assalamualaikum..

rasa lama pula tak update. semestinya banyak sangat cerita yang aku nak kongsi kat sini. tapi nak tulis semua memang tak larat la den ni ha. memandangkan lagi beberapa hari lagi aku nak final exam, so aku terpaksalah focus lebih dalam revision aku. 

first sekali nak cerita pasal outing rekreasi haritu. okay dah lama aku kata nak cerita but baru sekarang nak cerita kan, sorry la sebab i ni selalu busy you all. (busy la sangat,cakap je malas habis cerita.hehe) aku cerita serba ringkas jela ye. kiteorang punya outing kat KENABOI ADVENTURE CAMP, JELEBU. dekat je dengan kuala pilah around 1 jam lebih sikit la. jalan nak masuk dalam perkampungan chennah tu memang berliku-liku macam naik roller coaster da. dah sampai kampung chennah tu, kiteorang kena naik 4 by 4 or lori. seronok sebab dapat merasai udara luar secara direct. yelah selalu kan kita duduk dalam kereta rasa aircond je kan. tak feel langsung. wehh macam dah banyak je aku buang masa cerita benda ni.  

kat sana kiteorang kena masak sendiri untuk semua orang. macam masak untuk kenduri tu. tapi dalam kuantiti lebih kurang 60 orang makan . bukan melantak okay :) aktiviti yang kiteorang buat like ujian tali, tubing, white water safety, caving, berjalan malam, jungle trekking, persembahan, and beberapa permainan yang bagi aku seronok. tak tahu la orang lain seronok ke idak. secara keseluruhannya aku had fun and got many experiences yang before ni aku tak rasa. aku juga dapat mengenali kawan-kawan aku secara lebih rapat walaupun hanya beberapa ketika. cewah ayat aku tak boleh blah. thanks to sir dirin, sir shahidan, fatin suriani, ejan, eka, kak nad, hasanah, nadia, yana, ayu dan semua (tak larat den ni ha nak sebut satu-satu) yang sama-sama terlibat sepanjang 3 hari 2 malam kita bersama. semestinya aku takkan lupa kenangan ni.. okay habis.

aku pun nak interframe muka kat sini. model firstaidkit tak berbayar :)

my friends yang banyak membantu. dari kiri :eka,shera,ejan,hasanah,zureen,wawa,aku,fatin. thanks kamu semua

ahli-ahli kelab rekreasi bersama sir dirin dan sir shahidan dan beberapa orang komander yang sudi membantu kami. thanks :)


second story is about REHLAH SAINS. benda ni berlangsung hari ahad yang disertai oleh student-student diploma sains uitm kuala pilah. kali ni tak ramai sangat yang join. ramai yang balik rumah mungkin. okay benda ni masa hari ahad dan ia bermakna sungguh mustahil untuk aku untuk bangun awal. tapi berbekalkan semangat yang kental untuk menggerakkan otot-otot yang sudah lama tidak melakukan aktiviti seperti senaman ini, aku tetap gagahkan diri untuk pergi juga ke rehlah sains ni. ahh apa aku merepek. 

aku bersama beberapa orang rakan  sekelas telah bekerjasama dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan. seperti tarik upih, spongebob in the bottle, war ballon, tiup belon sampai pecah tapi team kami menipu dengan menggunakan dawai kokot stapler, dan banyak lagi permainan yang biasa dibuat sewaktu sukaneka. memang seronok bila bermain dan bergelak ketawa bersama-sama. ikatan persahabatan antara kami bertambah erat. nak nak aku yang baru mengenali mereka semua. dari situ kami dapat berkongsi suka dan duka. even team REDSS hanya mendapat saguhati , aku tetap bersyukur kerana dapat jugalah berexercise sikit setelah sekian lama meninggalkan dunia sukan ni. 


we're the winner! tengok aku yang menggonggong hadiah sebab menang sudoku.haha

dinie,aku,syaza. macam berat je si dinie tu tapi hakikatnya tidak

REDSS TEAM
semangat sebelum bersukan



hurmmm nak cerita apa lagi ye. actually banyak lagi nak share dangan kau orang semua. tapi masa ni sangat cemburu kat aku tau. benci la. hehehe. ha lagi satu, lagi beberapa hari je lagi aku nak final exam. aku harap aku dapat lakukannya dengan sempurna. nak sangat tengok exam result slip nanti dia tulis ' gpa-4.00 (dean list)' wahwah cita-cita aku sungguh tinggi tapi tak mustahilkan bagi orang macam aku ni. nak seribu daya, taknak seribu dalih. aku terperasan bahawa entry aku kalini ayat aku terlalu bahasa melayu gitu. ekoran daripada salah seorang adik aku yang berjaya mendapat bahasa melayu dalam spm A kot. hahaha. 

alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.(takde kena mengena rasanya peribahasa ni dengan apa yang aku nak tulis ni)  kepada adik Fadhil Mayati : tahniah saya ucapkan kepada anda kerana berjaya mendapat 9A dalam spm nya yang lepas, sesungguhnya saya tahu yang kamu memang bijak. dan diharap agar kamu sudah membuat keputusan yang betul untuk mengorak langkah yang seterusnya dan dapat apa yang kamu hajati di masa hadapan.jadikan segala apa yang saya kongsi kepada kamu sebagai satu pedoman supaya kamu lebih bijak mengatur hidupmu.

#doakan kejayaan dan kebahagiaan saya didunia dan akhirat ye kawan-kawan. sayang you all <3

bye.assalamualaikum :)



No comments:

Post a Comment