CLICK ME PLEASE ! THANKS :)

Tuesday, 26 November 2013

LONG TIME NO SEE..HOW ARE YOU?

Assalamualaikum and hai uolls..

Sudah lama rasanya tidak ketemu. Rindu dihati menyuruh aku untuk menulis kembali setelah berbulan-bulan ditinggali.

Kau dah kenapa cakap camni?

Maklumlah haritu kan nak exam final. Nak study lagi. Nak siapkan itu ini lagi. Mana sempatnya nak hapdate belog ni. Dah lepas final pulak cuti sebulan lebih. Duduk rumah memang susah la nak tengok aku bukak laptop. Bukan takleh nak update blog guna hp or tab or whatsoever tu. Tapi aku lebih selesa gunakan laptop. Lebih puas gituww.

Dan duduk di rumah bukan kerja makan tidur goyang kaki je. Banyak benda nak kena settle. Kerja-kerja rumah sudah pasti aku kena buat tatkala cuti sebab my mum kerja kakak-kakak pun takde kat rumah. Nak harapkan adik laki aku oii susah betul nak disuruh. Tapi takpe, next year kau nak SPM kan. Aku bagi chance sikit. Aku kan kakak yang baik J

Lagi-lagi tahun depan jugak Insha Allah kakak aku sorang tu nak kahwin. Hai makin bertambah la kerja kat rumah tu. Cat every part of the house. Kalau kecik takpa lagi. Kemas rumah sebab my dad pasang jubin kat certain part. Banyak lagi tu pun tak habis lagi ni. Before aku balik pilah semalam aku ada pesan kat kakak aku tu suruh sambung kerja-kerja yang terbengkalai. Hahaha. Bakal pengantin kena buli dengan aku. Dah dia yang nak kawin, dia la yang kena kemas. Itulah konsep aku.

Cakap pasal kakak aku nak kawin ni sebenarnya kekadang tu aku sedih jugak. Yelah kakak yang selama ni ada je kat rumah bila aku mintak tolong ke, mesti dia akan tolong. Kalau aku ada masalah ke, mesti dia sudi dengar. Like everything she was there with me. Gelak sesama, makan sesama, pergi jenjalan sesama, masak sesama, kemas rumah sesama. Semua nak buat sesama tau. How can I adapt when one day I must do independently??

Tapi itulah kehidupan. Setiap orang nak berpasangan, nak bahagia. Aku faham perasaan dia. Kesedihan dan kegembiraan dia aku dapat rasa. Lepas ni dah jarang lah nak nampak dia kat rumah. Aku doakan kebahagiaan kakak aku dengan tunangnya bila dah nikah nanti.

Deyy,, apa cerita sekarang. Tak syiok la. Tunggu lah besoknya dia nak kawin ke barulah nak sedih-sedih semua.

Ha, before kakak aku nak kawin tahun depan, my family pergi holiday kat Sabah haritu. One week before I am back to Philahdelphia ni. Berseronok-seronok sesama dulu. Nanti dah jadik isteri orang feeling dia dah lain sikit. Tapi taknak cerita sekarang. Tunggu aku copy gambar daripada kakak aku dulu baru aku cerita from A to Z. Yang aku boleh kata “this is fantastic”. Perghh cliché gituww.


Okaylah hilang mood bercerita dah. See you next entry guys. Assalamualaikum J

Tuesday, 24 September 2013

FINAL EXAM IS COMING !!!!!



ASSALAMUALAIKUM… and hye uolls :)


Banyak pulak benda yang aku nak cerita ni. Memandangkan khamis ni aku dah start paper chemistry untuk final,, rasa dedor pulak jantung ni aihh.. organic chemistry kot. Banyak sangat benda yang nak kena hafal. Aku ni pulak jenis yang tak suka menghafal bebanyak. Ha memang kaw-kaw la aku study. 


 Dinding-dinding ruang tamu sudah dipenuhi dengan mechanism-preparation and etc . ni baru sikit ni. Almaklumlah tak habis study lagi. Meja study pulak Alhamdulillah masih terkawal.

Tilam aku masih lagi tak terusik. Tu namanya aku dah berjaya tak tidur dari pagi sampai petang. Before ni berkali-kali jugak aku tidur sebab malas nak study. Syabas untuk aku kerana berjaya meningkatkan prestasi tidak tidur. Yay! 

Kalau mata macam dah acah-acah nak tutup tu, aku menyanyi depan tingkap. meja study dengan tingkap sekangkang kera je. senang lah aku nak intai sesiapa yang tengah dating di minggu exam ni. hahaha. Kot-kot jiran sebelah tengah tension study tu, dapat la jugak bergembira sikit dengar suara aku yang lunak merdu ni (konon je lunak.tapi hampeh). Padahal dalam hati diorang mesti panas je kan dengan aku. kahkahkah. Sorry eh orang sebelah, aku cuma nak hilangkan ngantuk and stress belajar je.

And kalau korang nak tahu, aku ni mula nak berdiet. Konon-konon jaga badan lah. Aku try makan muesli. Aku makan brand first choice je. Not bad jugak la rasa dia. Boleh la nak lawan brand yogood (eh macam ni ke eja dia). Hehehe. Kengkadang kalau rajin minum  teh clenx tea. Teh tu fungsi dia macam nak buang toksin dalam badan kot. And at the same time dapat kuruskan badan kita. Sebenarnya aku curik kakak aku punya kat rumah haritu. Nak tahu jugak apa rahsia dia boleh kurus. for those yang tak suka minum teh yang totally teh tanpa ada sedikit gula pun, korang tahyah la sesibuk nak try. nanti korang membazir je buang. Lol

Ha nak cerita jugak pasal aku dengan le housemates pergi jogging ahad lepas. First time kot aku pergi jogging sepanjang berapa banyak semester aku kat uitm ni. Nampak tak betapa pemalasnya aku. hehehe. Konon plan nak gerak lepas subuh. Tapi dah pukul 7.30 pagi semua masih terbongkang atas katil lagi. Apedahhh. Tapi aku bangun eh pukul 6.50 pagi tu solat subuh. Then tengok rumah masih gelap serta sunyi dan semua macam seronok je tidur, aku sambung la balik tidur aku. hehehe. 

Semestinya aku la orang paling semangat sekali jogging. Paling depan tu bersama sofhia. Tapi last-last aku yang sakit dada. Oxygen tak sampai atas kepala. Habis pucat muka aku. ape ni atlit olahraga sakit?? Ha tu time high school boleh la cerita. Lepas habis sekolah je aku terus diamkan diri dari bidang olahraga ni. Asik duduk dalam bilik layan runningman je. Lepastu dah tak biasa bersenam, sekali jogging je terus sakit. Ha uolls jangan jadik pemalas macam aku ni okay.

Pssstt.. meh sini aku bagitahu rahsia. Sebenar-benarnya kiteorang bukan lah nak sangat  jogging time weekend macam ni pun. Alasan je. Kiteorang nak pergi makan roti canai and nasi lemak kat kedai pak kassim depan pintu gerbang uitm tu je. Hahaha. Baguslah tu lepas exercise melantak  nasi lemak. Aku la order paling banyak sekali. Tamak macam nak makan semua je. Tapi memang kenyang lah. Sampai esoknya aku tak makan. Alhamdulillah. Hah malas lah nak cerita pepanjang. Korang tengok jelah gambar-gambar ni.



































lau tak kenal aku yang mana satu. aku yang pakai baju biru, tudung syria yang macam tak cantik bila aku pakai, and pants warna cokelat cair tu.sebenarnya tracksuit aku semua aku dah angkut bawak balik rumah. terpaksa lah pakai pants ni walaupun macam tak sesuai gitu pergi jog :) and tu pun ada orang yang sudah pertikaikan. urghhh

dalam diam diorang ni semua gila gambar lebih daripada aku rupanya. semua tak tentu hala bila nampak kamera. lawak la korang ni. anyway thanks tau korang sebab jadik housemate aku yang the best among the best. walaupun dah nak akhir-akhir sem ni kita baru macam nak rapat, i appreciate it. love uolls <3


Okay dah la uolls. Aku nak sambung study ni. Kena strive untuk dapatkan A untuk chemistry 257 ni. Alhamdulillah carrymark okay. Harap sangat aku dapat merasai nikmat pergi dinner dekan semester depan. Kahkahkah. Pray for me eh uolls.. thanks :P

assalamualaikum



Tuesday, 17 September 2013

THE MEMORIES COME AND I HATE TO REMEMBER !

salam.. 
and hye uolls :)

wahh tajuk entry macam gempak je kan. camni. aku bukan apa. aku cuma tak suka nak ingat balik apa-apa yang pernah menggores, mengguris, mencalar dah segala hape tu jiwa dan perasaan aku. i hate to remember every seconds about that. it is really hurting. if you know how hurt i am, you will know how bad i am.

it same when i don't want to hurt other people. cause i know what the feeling is. i feel that i am very stupid. not use my brain to THINK! hey hasniza! you were getting older. how come you can do such thing that you will know the effects. you such  a loser girl. 

thats why i don't want the memories come because i don't want the same thing happen again. i am very grateful because He still wants to help me and bring me to 'jalan keredhaan' before it is late. i am thankful because He gives me a very precious things that i never neglect it. 

and i want to tell you that i am very tired with all this. i don't want to think about that anymore. if you know what is better to do, you can find and tell me. tell me the truth. i am happy with my life now. don't think that i am cannot live without you 'guy'. 

i hate to remember all the things about you

ahh apa aku merapu. english tonggang langgang pastu nak tunjuk kat orang ramai. memang malu. tapi at least try is better. sampai bila taknak practice kan. sorry if entry kali ni macam terover feeling pulak dah kan. i just want to tell you what is true life. bye :)