CLICK ME PLEASE ! THANKS :)

Tuesday, 3 September 2013

HAPDATE UNTUK IZYAN JAMIL :) SPECIAL FOR YOU FRIEND



Assalamualaikum and hye readers :)

Banyak benda aku nak cerita sebenarnya ni. Tapi yang paling penting sekali aku nak bagitahu bahawasanya final exam aku dah nak dekat. Ohoi gila ke apa 26 september ni dah start 1st paper. Nak percaya ke tak nak percaya ke, terpaksa percaya.

Macam tak sangka kan dah nak final. Yelah mana tak nya, sepanjang belajar memain. Bukannya masuk sangat pun apa yang diajar dalam kelas. Dah tak masuk tu pulak bukan nak study sendiri kat bilik. Almaklumlah orang pemalas macam aku ni memang semua nak serve depan mata je. Kelas pun ada jugak ponteng kekadang.  Memang tak dapek la den nak nolong

Tapi macam mana pun aku kena prepare dari awal seperti sekarang ini. Kahkah kelakar ayat aku. Aku kena kurangkan tidur. Ni asal balik kelas je mesti tidur. Macam orang yang tak tido malam je. Konon ngantuk sangat lettew. Aku kena kurangkan main, kurangkan melaghakan diri. Aisshhh susah betul dugaan banyak depan mata ni. Hiksss

Actually ada sorang kawan aku ni mintak aku hapdate entry pasal dia. Yelah nak jugak dia famous dalam blog aku ni kan. Aku pun yekan jelah. Kawan punya pasal kan. :D
Okay start eh. Aku ada sorang kawan perempuan ni.(kawan perempuan je mampu) nama dia nur izyan bt jamil. Hah femes kau yan! Nama penuh sekali aku letak. Hahaha. Dia ni baik sangat orangnya. Lemah lembut, penyayang, kelakar, sopan santun, banyak lagi lah. Dia minat baking and cooking. Ada satu hari tu time aku duduk kolej melang sesame dengan dia (nak tahu entry kolej melang? Clicksini ), dia bagi kami semua satu rumah cupcake yang dia buat. Sedap okeh dia buat sendiri. cupcake perisa peach. marvellous delicous gitu

Sebenanya aku nak mintak lagi tapi segan ah nanti dia cakap aku ni tak malu. Ngeh ngeh ngeh

Aku pun terpikir lah. Kenapa dia boleh buat kek sedap-sedap tapi aku buat tak penah nak sedapnya. Aku tak tahu apa yang kurang skill baking aku ni. Skill cooking dah boleh kata hebat dah. Ecewah memain je. Mungkin aku tidak dilahirkan untuk menjadi seorang pembuat kek dan yang sewaktu dengannya. Mugkin lah kan. Mana tak nya, aku penah jugak try buat pavlova, red velvet, chocs moist, tapi ada je yang kurang. Lepas tu pulak family aku tak teringin nak makan pun. Sobs sobs  =_=

Actually aku tak kesah pun if depa tak nak makan. Asalkan aku puas sebab dah berjaya bazirkan ingredients yang sepatutnya tak perlu membazir pun takpa. Kahkahkah. Berbalik pada cerita yan tadi ye. Kan aku cakap dia ni baik. Yes she is very kind to me! Kengkadang tu dia bawak aku sekali naik motor dengan dia if ada kelas lambat or balik awal ke. Mintak je tolong apa-apa kat dia, dia mesti tak penah nak hampakan permintaan aku. thanks yan cause treat me well since we knowing each other.

Apa yang aku tahu sekarang ni, dia selalu balik JB every week. Why?? Sebab dia bosan duduk sensorang kat melang tu. Kesian yan kan. Kami tinggalkan yan sensorang. Jahatnya kami. (kami=aku, sara, zila, arina, umi). Yelah time duduk melang kami habiskan masa sesama. Makan sesama, mandi sesame, borak sesama. Pastu sekarang yan dah takda kami. Rindu kami lettew. Sory eh tak berniat nak buat yan macam tu. Anyway, I am always be there if you need help. My pleasure yan.

Okay lah banyak pulak aku nak tulis pasal yan ni. Lemak ah nak femes lelebih. Hehehe. Amacam yan? Beronok-ronok lah anda sebab aku dah hapdate entry untuk kau je. Sebagai balasan, aku nak ayam uncle jack satu! Aku tak rasa lagi ni. Hahaha. Kepada anda-anda diluar sana yang nak jadik femes seperti yan, bolehlah menghantar request anda melalu email saya. Eiii geli mak. Nak kemana femes-femes ni.

Last but not least, mohon anda-anda yang baca entry aku kali ni, doakan kejayaan aku masa final exam nanti boleh? Aku teringin sangat nak rasa dapat 3.80 above tu cemana. Thanks dear. Love you!! Salam and babai :)


ni lah izyan cik adik si cantik manis tu. kahkah. sory beb aku curik gambar kau lagi. aku cuma nak bagitahu je kau lah gerangan yang aku ceciter kan ni. thanks :D

Wednesday, 28 August 2013

HIJRAH.. CAN I??



Assalamualaikum..



credit to encik google

Hello uolls !! Terasa macam banyak pulak lah benda yang aku nak cerita sepanjang minggu ni. Takpelah sekali sekala update blog kan. Nanti bila dah lama tak update kang kosong pulak. Dah takda benda uolls nak baca kan.

Untuk update kali ni aku nak kongsi sikit benda yang berkaitan dengan  aurat perempuan. Ye aku sedar aku ni bukan sesiapa. Bukan lah alim sangat untuk bercakap tentang aurat. Tak sempurna pun penjagaan aurat sendiri.  Tak baik mana pun perlakuanku. Tapi suatu hari tu aku mula sedar betapa pentingnya jaga aurat dan diri sendiri sebagai seorang muslimah. Wahh ayat aku macam kelakar lah pulak kan. Macam tak kena gitu dengan gaya aku yang cool ni. Eh perlu ker??

Before aku cakap lebih panjang lebar nanti, aku nak terangkan bahagian-bahagian tubuh wanita yang perlu ditutup tidak kira ketika bersama wanita ataupun lelaki. Aurat  wanita jika dengan lelaki dan yang berlainan agama ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Dan jika sesama wanita muslim ialah dari pusat hingga lutut. Ha paham tak uolls? Aku main tulis je ni. Paham-paham sendiri lah ye

Okay . Aku baru tersedar perkara ni beberapa bulan yang lepas. Actually dari semester yang lepas pun ada jugak.  Aku tengok ramai kawan-kawan dan orang sekeliling aku yang menjaga auratnya dengan baik. Maksud aku cara diorang berpakaian sungguh sempurna dan sedap mata aku nak tengok. Diorang pakai baju labuh tutup punggung, baju dan seluar longgar, pakai stoking, pakai hand socks, tudung labuh sampai bawah dada dan ada lah beberapa lagi yang maybe aku tak perasan kot. And aku mula bandingkan diri aku dengan diorang. Memang berbeza sangat.  Almost 90% different!

Ada jugak kawan-kawan aku yang dulunya lagi worst dari aku pun sekarang dah berpakaian seperti yang aku cakap tadi. Aku pun terfikir. Macam mana diorang tetibe boleh berubah sampai macam tu sekali. Ada la beberapa bulan lepas aku teringin nak jadi macam diorang jugak. Tapi tak lama pun. Hati aku degil sangat nak terima perubahan. Dan keinginan tu mula muncul kembali lepas aku pergi tayangan PVISTA yang bertajuk WANNA BE yang dianjurkan pihak kolej aku.

Tayangan tu ada diselitkan dengan video grafik kartun tentang cerita seorang perempuan yang dahulunya berpakaian yang tak menepati syariat sebagai seorang muslimah dan akhirnya dia mendapat hidayah untuk menutup aurat secara sempurna. Aku pun terkesima dengan video tu. Ceh ayat terkesima aku takleh tahan betul lah. Hahaha. And after that ada jugak video daripada 3 orang vlogers lelaki yang tak kurang hebatnya di youtube membuat tutorial pakai tudung mengikut syariat Islam. Aku jadik malu dengan diri sendiri sebab lelaki sendiri yang buat tutorial tudung kat perempuan kot. Hello!! Lelaki kot!  Lau tetibe rasa nak tengok tutorial diorang sambil bergelak ketawa bersama rakan sebelah, try la usha link ni.

Selepas fikir punya fikir, lepas aku try mintak petunjuk  dari Allah, aku rasa aku nak try untuk berubah. Aku start untuk practice pakai stoking. Tapi setiap kali aku pakai, mesti ada suara yang mempertikaikannya. Aku tak tahu samada aku ni tak layak nak pakai stoking ke? Jahat sangat ke muka aku kalau nak pakai stoking? Aku cuba untuk berubah sedikit demi sedikit. Sebab tu aku mulakan dengan memakai stoking. Manalah tahu one day nanti aku start pakai baju labuh and longgar, pakai seluar longgar, pakai tudung labuh. Insyallah akan sempurna semuanya.

Tapi itulah. Aku risau kalau tak dapat nak istiqamah dalam perubahan aku nanti. Aku risau kalau orang sekeliling aku tak support perubahan aku. Aku risau dalam banyak hal. Aku cuma nak jadik seorang muslimah yang menjaga auratnya, menjaga pertuturannya, menjaga akidahnya hanya untuk Allah. Sekarang aku dah tak ambil kisah sangat tentang perspektif lelaki terhadap penampilan aku. Biarlah diorang nak cakap aku ni kolot ke, tak cantik ke, apa ke, yang penting aku nak cantik disisi Allah.

Aku mahu menjadi seperti mereka-mereka yang sedang dalam perjalanan menuju keredhaan Allah. Aku rasa iri hati dengan kecantikkan kawan-kawanku yang bertudung labuh (berpakaian elok). Adakah salah jika aku iri hati tentang ini?

Yang menjadi masalah aku sekarang ialah aku tak banyak baju besar-besar ni. Semua baju muat-muat badan. Seluar pun alahai sedih! Aku nak jugak la try jual baju-baju aku yang lama ni sebab nak carik income untuk beli baju yang lebih besar. Tapi aku tak tahu ada orang nak beli ke tak. And one more thing, aku risau dengan perangai aku yang terover ni. Aku risau orang akan kata, “pakai je tudung labuh, tapi perangai nauzubillah”.  Haishh .. how could me to overcome this situation?

So, insyallah aku akan start sedikit demi sedikit. Mestilah dimulakan dari rumah. Aku harap suatu hari nanti aku berjaya untuk mengubah penampilan aku kepada yang diredhai Allah. Aku harap dengan perubahan aku nanti akan menjadi sumber ikutan kepada para muslimah di luar sana. Semoga anak cucu aku nanti akan mengikut jejak langkah yang baik-baik.

For uolls, please support my hijrah. Kalau uolls nak kata pun katalah. Yang penting jangan sampai aku dengar. Kecik hati den nanti ha. And jangan fikir aku boleh terus berubah 100%. Bagi aku masa untuk belajar bertatih sedikit demi sedikit. So, aku taknak lah korang harap perubahan aku akan nampak dalam waktu yang singkat ni. I need enough time untuk membiasakan diri dengan perubahan baru. Sokong insan lain untuk melakukan kebaikan kepada Allah adalah amat mulia. Jadilah muslimah yang sempurna hanya kerana Allah. Pasti kita akan merasai kenikmatannya.

Thanks for spending your time to read this. Love you!

Thursday, 20 June 2013

KOLEJ MELANG YANG AWESOME :)


Assalamualaikum and hye uolls...

For this entry, i am glad to story about my new environment study in Kuala Pilah. Amboi aku takyah nak berspeaking-speaking sangat lah.. menyampah orang nak baca blog kau nanti.. okay fine !

Untuk semester baru bagi pelajar diploma semester 4, aku telah menjalani kehidupan yang sedikit berbeda daripada sebelum ini. Dimana aku telah dihantar untuk mendiami kolej diluar daripada kawasan universiti .. ohh adakah ini suatu hukuman kepada aku. Sungguh kejam!

Pada mulanya aku sungguh terkilan sebab tak dapat mendiami kolej di dalam universiti. Aku terpaksa akur dengan keputusan dan membawa diri ke UiTM KUALA PILAH KAMPUS MELANG.. (apasal ayat aku terlampau kebahasamelayuan ni). Aku memang tak dapat menerima kenyataan pada masa itu. Hei dah la satu rumah berpuluh-puluh orang.. satu bilik kecik dimuatkan seramai 6 orang. Cuba bayangkan betapa sesaknya kehidupan aku waktu tu.

Setiap hari merungut dengan fasiliti yang disediakan. Itu tak kena, ini tak kena. Semua benda serba tak kena.. adakalanya aku rasa macam nak duduk rumah sewa je. Lagi rela rasanya menghabiskan duit bayar sewa rumah berbulan-bulan daripada duduk sesak bagai terhimpit didalam tin sardin. Yang paling aku tak suka terpaksa mengejar bas setiap hari.. ada satu hari tu aku dan sara tertinggal bas beberapa saat. Nasib baiklah ada classmate yang sanggup menumpangkan kami. Sebenarnya kiteorang buat muka kesian. Tu yang dia tumpangkan tu. Kredit tu Ahsong.

Tapi tapi tapi,,, hampir dua minggu aku duduk sini, aku sudah mula rasa jatuh cinta dengan environment kat sini. Bila aku fikir-fikir balik,, apasal pulak aku nak benci sangat dengan kolej melang ni. Macam tak biasa pulak duduk sesak-sesak, mandi ramai-ramai, terkejar sana sini.. kemon lah iecha. Kau dah berapa tahun duduk asrama. Takkan dah besar ni nak mengada-ngada pulak tak biasa dengan keadaan ni semua.. ya! Aku berjaya untuk biasakan diri disini. Now, aku rasa malas pulak nak balik kolej Beting. Aku dah selesa hidup beramai-ramai disini.

Aku dapat rasa relationship antara kami satu rumah seperti dah lama mengenali antara satu sama lain. Jujur aku tak rasa benda ni semua masa aku duduk Beting. Aku tak dapat rasa pertalian yang sungguh erat antara kami. Semua buat hal sendiri. Tapi bila aku dapat kolej Melang, aku tak lagi rasa keseorangan. Tapi tu tak bermakna aku bencikan Beting. Aku sayangkan kawan aku yang mana ada masa aku susah dan senang. Aku sayang korang lah!!!

Jadi kepada sesiapa yang akan dan bakal menduduki kolej Melang seperti aku akan datang, terimalah ia seadanya. Jangan terlalu membenci kerana kau akan menyukainya satu hari nanti. Tak mustahil perkara yang aku rasa, kau akan rasa juga.

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa kat entri kali ni. Tu yang aku main taip je apa-apa yang terlintas kat otak aku sekarang ni. Thanks to shera because give me her laptop to update this blog. Habislah laptop kau jahanam atas tangan aku shera. Dah laptop kau je yang nampak macam free atas meja ni. Thanks a lot to my housemates too (sara, arina, zila, umi, lin, yaya, izyan, ayuni, dan ada beberapa orang lagi yang aku lupa nama dia.soryy ehh.lain kali aku ingat). Nanti kalau korang semua dah pindah dalam Beting, jangan lupa memori kita bersama selama beberapa minggu ni tau. Aku akan merindui korang semua- semua..

Okaylah. Wanna take some rest before continue my movie time. Esok malas nak datang class. Sejam je kot. Tutorial pulak tu. So, aku boleh tidur lambat ini malam.. see uolls next time. Love you <3