ASSALAMUALAIKUM… and hye uolls :)
Banyak pulak benda yang aku nak cerita ni. Memandangkan
khamis ni aku dah start paper chemistry untuk final,, rasa dedor pulak jantung
ni aihh.. organic chemistry kot. Banyak sangat benda yang nak kena hafal. Aku ni
pulak jenis yang tak suka menghafal bebanyak. Ha memang kaw-kaw la aku study.
Dinding-dinding ruang tamu sudah dipenuhi dengan
mechanism-preparation and etc . ni baru sikit ni. Almaklumlah tak habis study
lagi. Meja study pulak Alhamdulillah masih terkawal.
Tilam aku masih lagi tak terusik. Tu namanya
aku dah berjaya tak tidur dari pagi sampai petang. Before ni berkali-kali jugak
aku tidur sebab malas nak study. Syabas untuk aku kerana berjaya meningkatkan
prestasi tidak tidur. Yay!
Kalau mata macam dah acah-acah nak tutup tu, aku
menyanyi depan tingkap. meja study dengan tingkap sekangkang kera je. senang lah aku nak intai sesiapa yang tengah dating di minggu exam ni. hahaha. Kot-kot jiran sebelah tengah tension study tu, dapat
la jugak bergembira sikit dengar suara aku yang lunak merdu ni (konon je
lunak.tapi hampeh). Padahal dalam hati diorang mesti panas je kan dengan aku.
kahkahkah. Sorry eh orang sebelah, aku cuma nak hilangkan ngantuk and stress
belajar je.
And kalau korang nak tahu, aku ni mula nak berdiet. Konon-konon
jaga badan lah. Aku try makan muesli. Aku makan brand first choice je. Not bad
jugak la rasa dia. Boleh la nak lawan brand yogood (eh macam ni ke eja dia). Hehehe.
Kengkadang kalau rajin minum teh clenx
tea. Teh tu fungsi dia macam nak buang toksin dalam badan kot. And at the same
time dapat kuruskan badan kita. Sebenarnya aku curik kakak aku punya kat rumah
haritu. Nak tahu jugak apa rahsia dia boleh kurus. for those yang tak suka minum teh yang totally teh tanpa ada sedikit gula pun, korang tahyah la sesibuk nak try. nanti korang membazir je buang. Lol
Ha nak cerita jugak pasal aku dengan le housemates
pergi jogging ahad lepas. First time kot aku pergi jogging sepanjang berapa
banyak semester aku kat uitm ni. Nampak tak betapa pemalasnya aku. hehehe. Konon
plan nak gerak lepas subuh. Tapi dah pukul 7.30 pagi semua masih terbongkang atas
katil lagi. Apedahhh. Tapi aku bangun eh pukul 6.50 pagi tu solat subuh. Then tengok
rumah masih gelap serta sunyi dan semua macam seronok je tidur, aku sambung la balik tidur aku. hehehe.
Semestinya aku la orang paling semangat sekali
jogging. Paling depan tu bersama sofhia. Tapi last-last aku yang sakit dada. Oxygen
tak sampai atas kepala. Habis pucat muka aku. ape ni atlit olahraga sakit?? Ha tu
time high school boleh la cerita. Lepas habis sekolah je aku terus diamkan diri
dari bidang olahraga ni. Asik duduk dalam bilik layan runningman je. Lepastu dah
tak biasa bersenam, sekali jogging je terus sakit. Ha uolls jangan jadik
pemalas macam aku ni okay.
Pssstt.. meh sini aku bagitahu rahsia. Sebenar-benarnya
kiteorang bukan lah nak sangat jogging
time weekend macam ni pun. Alasan je. Kiteorang nak pergi makan roti canai and
nasi lemak kat kedai pak kassim depan pintu gerbang uitm tu je. Hahaha. Baguslah
tu lepas exercise melantak nasi lemak. Aku
la order paling banyak sekali. Tamak macam nak makan semua je. Tapi memang kenyang
lah. Sampai esoknya aku tak makan. Alhamdulillah. Hah malas lah nak cerita
pepanjang. Korang tengok jelah gambar-gambar ni.
lau tak kenal aku yang mana satu. aku yang pakai baju biru, tudung syria yang macam tak cantik bila aku pakai, and pants warna cokelat cair tu.sebenarnya tracksuit aku semua aku dah angkut bawak balik rumah. terpaksa lah pakai pants ni walaupun macam tak sesuai gitu pergi jog :) and tu pun ada orang yang sudah pertikaikan. urghhh
dalam diam diorang ni semua gila gambar lebih daripada aku rupanya. semua tak tentu hala bila nampak kamera. lawak la korang ni. anyway thanks tau korang sebab jadik housemate aku yang the best among the best. walaupun dah nak akhir-akhir sem ni kita baru macam nak rapat, i appreciate it. love uolls <3
Okay dah la uolls. Aku nak sambung study ni. Kena strive
untuk dapatkan A untuk chemistry 257 ni. Alhamdulillah carrymark okay. Harap sangat
aku dapat merasai nikmat pergi dinner dekan semester depan. Kahkahkah. Pray for
me eh uolls.. thanks :P
assalamualaikum