CLICK ME PLEASE ! THANKS :)

Wednesday, 28 August 2013

HIJRAH.. CAN I??



Assalamualaikum..



credit to encik google

Hello uolls !! Terasa macam banyak pulak lah benda yang aku nak cerita sepanjang minggu ni. Takpelah sekali sekala update blog kan. Nanti bila dah lama tak update kang kosong pulak. Dah takda benda uolls nak baca kan.

Untuk update kali ni aku nak kongsi sikit benda yang berkaitan dengan  aurat perempuan. Ye aku sedar aku ni bukan sesiapa. Bukan lah alim sangat untuk bercakap tentang aurat. Tak sempurna pun penjagaan aurat sendiri.  Tak baik mana pun perlakuanku. Tapi suatu hari tu aku mula sedar betapa pentingnya jaga aurat dan diri sendiri sebagai seorang muslimah. Wahh ayat aku macam kelakar lah pulak kan. Macam tak kena gitu dengan gaya aku yang cool ni. Eh perlu ker??

Before aku cakap lebih panjang lebar nanti, aku nak terangkan bahagian-bahagian tubuh wanita yang perlu ditutup tidak kira ketika bersama wanita ataupun lelaki. Aurat  wanita jika dengan lelaki dan yang berlainan agama ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Dan jika sesama wanita muslim ialah dari pusat hingga lutut. Ha paham tak uolls? Aku main tulis je ni. Paham-paham sendiri lah ye

Okay . Aku baru tersedar perkara ni beberapa bulan yang lepas. Actually dari semester yang lepas pun ada jugak.  Aku tengok ramai kawan-kawan dan orang sekeliling aku yang menjaga auratnya dengan baik. Maksud aku cara diorang berpakaian sungguh sempurna dan sedap mata aku nak tengok. Diorang pakai baju labuh tutup punggung, baju dan seluar longgar, pakai stoking, pakai hand socks, tudung labuh sampai bawah dada dan ada lah beberapa lagi yang maybe aku tak perasan kot. And aku mula bandingkan diri aku dengan diorang. Memang berbeza sangat.  Almost 90% different!

Ada jugak kawan-kawan aku yang dulunya lagi worst dari aku pun sekarang dah berpakaian seperti yang aku cakap tadi. Aku pun terfikir. Macam mana diorang tetibe boleh berubah sampai macam tu sekali. Ada la beberapa bulan lepas aku teringin nak jadi macam diorang jugak. Tapi tak lama pun. Hati aku degil sangat nak terima perubahan. Dan keinginan tu mula muncul kembali lepas aku pergi tayangan PVISTA yang bertajuk WANNA BE yang dianjurkan pihak kolej aku.

Tayangan tu ada diselitkan dengan video grafik kartun tentang cerita seorang perempuan yang dahulunya berpakaian yang tak menepati syariat sebagai seorang muslimah dan akhirnya dia mendapat hidayah untuk menutup aurat secara sempurna. Aku pun terkesima dengan video tu. Ceh ayat terkesima aku takleh tahan betul lah. Hahaha. And after that ada jugak video daripada 3 orang vlogers lelaki yang tak kurang hebatnya di youtube membuat tutorial pakai tudung mengikut syariat Islam. Aku jadik malu dengan diri sendiri sebab lelaki sendiri yang buat tutorial tudung kat perempuan kot. Hello!! Lelaki kot!  Lau tetibe rasa nak tengok tutorial diorang sambil bergelak ketawa bersama rakan sebelah, try la usha link ni.

Selepas fikir punya fikir, lepas aku try mintak petunjuk  dari Allah, aku rasa aku nak try untuk berubah. Aku start untuk practice pakai stoking. Tapi setiap kali aku pakai, mesti ada suara yang mempertikaikannya. Aku tak tahu samada aku ni tak layak nak pakai stoking ke? Jahat sangat ke muka aku kalau nak pakai stoking? Aku cuba untuk berubah sedikit demi sedikit. Sebab tu aku mulakan dengan memakai stoking. Manalah tahu one day nanti aku start pakai baju labuh and longgar, pakai seluar longgar, pakai tudung labuh. Insyallah akan sempurna semuanya.

Tapi itulah. Aku risau kalau tak dapat nak istiqamah dalam perubahan aku nanti. Aku risau kalau orang sekeliling aku tak support perubahan aku. Aku risau dalam banyak hal. Aku cuma nak jadik seorang muslimah yang menjaga auratnya, menjaga pertuturannya, menjaga akidahnya hanya untuk Allah. Sekarang aku dah tak ambil kisah sangat tentang perspektif lelaki terhadap penampilan aku. Biarlah diorang nak cakap aku ni kolot ke, tak cantik ke, apa ke, yang penting aku nak cantik disisi Allah.

Aku mahu menjadi seperti mereka-mereka yang sedang dalam perjalanan menuju keredhaan Allah. Aku rasa iri hati dengan kecantikkan kawan-kawanku yang bertudung labuh (berpakaian elok). Adakah salah jika aku iri hati tentang ini?

Yang menjadi masalah aku sekarang ialah aku tak banyak baju besar-besar ni. Semua baju muat-muat badan. Seluar pun alahai sedih! Aku nak jugak la try jual baju-baju aku yang lama ni sebab nak carik income untuk beli baju yang lebih besar. Tapi aku tak tahu ada orang nak beli ke tak. And one more thing, aku risau dengan perangai aku yang terover ni. Aku risau orang akan kata, “pakai je tudung labuh, tapi perangai nauzubillah”.  Haishh .. how could me to overcome this situation?

So, insyallah aku akan start sedikit demi sedikit. Mestilah dimulakan dari rumah. Aku harap suatu hari nanti aku berjaya untuk mengubah penampilan aku kepada yang diredhai Allah. Aku harap dengan perubahan aku nanti akan menjadi sumber ikutan kepada para muslimah di luar sana. Semoga anak cucu aku nanti akan mengikut jejak langkah yang baik-baik.

For uolls, please support my hijrah. Kalau uolls nak kata pun katalah. Yang penting jangan sampai aku dengar. Kecik hati den nanti ha. And jangan fikir aku boleh terus berubah 100%. Bagi aku masa untuk belajar bertatih sedikit demi sedikit. So, aku taknak lah korang harap perubahan aku akan nampak dalam waktu yang singkat ni. I need enough time untuk membiasakan diri dengan perubahan baru. Sokong insan lain untuk melakukan kebaikan kepada Allah adalah amat mulia. Jadilah muslimah yang sempurna hanya kerana Allah. Pasti kita akan merasai kenikmatannya.

Thanks for spending your time to read this. Love you!