CLICK ME PLEASE ! THANKS :)

Saturday, 11 May 2013

ZAMAN KANAK-KANAK KU YANG HAPPENING ~~

Assalamualaikum..

hallooo..rasa lama pulak tak update blog aku ni. sekarang baru ada ruang and ada cerita nak share sesama.as you know, aku tengah cuti semester sekarang ni.dah sebulan rasanya. so, aku banyak la masa untuk berangan kat rumah. then tetiba haritu aku teringat pulak detik-detik kegemilangan aku waktu kecik-kecik dulu. aku pun tersenyum sorang-sorang. tapi kalau adik-beradik aku semua ada, kiteorang akan share then gelak terbahak-bahak bersama. hahaha :D

dulu time kecik banyak sangat benda yang aku nak main.terlalu banyak so aku just boleh share sikit-sikit jela. kawasan rumah aku ni agak luas la. banyak tempat yang aku bersama adik-beradik yang lain boleh main. paling aku ingat port belakang rumah. rumah aku ni kan ayah aku yang buat semua. so banyak la kayu-kayu yang berlebihan kat belakang rumah tu. ada satu port ni ayah aku buat macam gelongsor tau. tapi bukan gelongsor pun. ayah aku just letak kayu yang besar dan berat tu secara menyendeng (senget la maksudnya). disebabkan kiteorang adik-beradik ni tersangatlah kreatif, kiteorang letak tikar getah atas kayu tu. bila petang-petang je semua siap sedia dengan bahan masing-masing pergi belakang rumah. hanya sabun dan air yang kiteorang perlukan. nak tahu kiteorang buat apa??? letak sabun atas tikar getah tu then air paip. dan jadilah ia sebuah papan gelongsor yang bagi kiteorang sungguh heaven masa tu. apa lagi bergilir-gilir la kiteorang nak main gelongsor. best memang tak terkata la. yelah dulu time kiteorang kecik-kecik mana lah dapat permainan macam tu yang macam mana budak sekarang dapat. kami pun mencari keseronokan sendiri bersama. hahaha. bila ingat balik memang kelakar. sampai terjatuh-jatuh ha main gelongsor tu sebab licin sangat.

yang kedua berkelah atas bumbung rumah. haha kelakar pulak nak cerita. memandangkan rumah aku ni double-storey, so kiteorang boleh capai bumbung rumah bawah bila bukak tingkap rumah atas.. boleh bayangkan tak macam mana?? umur dah meningkat 7 tahun rasanya, mulalah timbul idea baru dalam pemikiran kanak-kanak seperti kiteorang. bila mak macam busy je buat kerja kat bawah, kiteorang berlima apa lagi, cepat-cepat naik atas, bukak tingkap, then panjat tingkap sorang demi sorang. adik aku time tu kecik lagi, so kiteorang kena tarik dia bila kiteorang dah naik atas bumbung tu. pastu entah buat apa-apa entah atas tu. bawak kucing sama-sama then main sambil tangkap-tangkap gambar. ada satu gambar atas bumbung bersama kucing tu, tapi aku malu la nak upload. paling exciting sekali kiteorang letak bantal then baring atas bumbung sambil tengok sunset. satu haritu terkantoi projek kiteorang dengan mak. mana taknya, bumbung rumah aku ni jenis asbestos. bila jalan atas tu mestilah orang bawah dengar.kraik kriuk kriak kriuk. pastu mak aku jerit dari bawah, "hey budak-budak!turun dari bumbung tu. ingat mak tak dengar ke? turun! " lebih kurang camtu lah. pastu kiteorang cepat-cepat loncat dari tingkap. hehehe. bumbung tu  jugak port untuk merajuk dan meluahkan perasaan. hahaha lakalaka betullah.

yang ketiga gebor kat parit depan rumah (gebor = bahasa jawa bermaksud mandi manda) . ha yang ni memang faveret kanak-kanak kampung macam kami semua. port aku dan adik-beradik gebor ialah kat jambatan kayu depan kebun sebelah rumah sebab kat situ strategik sikit. nak gebor depan rumah sendiri segan sebab takda tutup-tutup sangat. nanti orang pergi kedai abah aku nampak kiteorang gebor, kan malu tuh :) best part bila hayun-hayun tangan then terjun dari jambatan kayu yang elastik tu. ala-ala  macam penerjun dalam olimpik tu. hahaha. lama jugak kiteorang jadikan gebor sebagai aktiviti mingguan (mingguan ker?harian kot) sampailah kiteorang terjumpa ayam mati dan kotoran-kotoran basuhan ayam dalam parit tu..euwww takda selera dah nak gebor lagi. ni semua salah kedai belakang yang buang sisa ayam dalam parit. sampai sekarang aku tak puas hati dengan orang kedai tu. kalau dia tak buat macam tu,, entah-entah aku dah jadik perenang terhandal agaknya sekarang. hehehe poyo. port depan rumah ni buat ada-ada je. yang paling best parit besar depan kampung aku. pehh tu memang best sebab ramai kanak-kanak baya-baya aku gebor kat situ. tapi aku tak pernah pun gebor kat situ. hehe konon macam pernah je kan. sebabnya aku tengok ramai je budak-budak gebor hepi-hepi kat situ. seronoklah agaknya. ada sekali tu abang aku ajak bawak naik beskal dengan kawan-kawan laki dia pergi parit depan kampung untuk gebor sama-sama. tapi aku malu nak join sebab aku ni tak berapa kamcing dengan budak-budak sekampung aku. macam kera sumbang jugak lah. hehe.

yang keempat main 'memori daun pisang'. ha mesti pelik kan dengan nama permainan ni. permainan ni kiteorang main waktu hujan je. tak hujan tak main. hehehe. sebenarnya kiteorang suka main hujan berpayungkan daun pisang. ingat tak dulu-dulu ada lagu dangdut 'kenangan malam minggu,waktu jalan-jalan. berdua jalan kaki, saat turun hujan' by iwan dengan amelina.

klik http://www.youtube.com/watch?v=EPB86DO7ok0  untuk tengok videoklip dia :)

tu yang kiteorang tiru videoklip dia. memandangkan rumah aku ni banyak pokok pisang,, start gerimis je kiteorang dah carik daun pisang. dah main hujan tu bukan ingat dunia. tak ingat guruh petir main hentam je. bermain hujan sambil berjoget-joget dan menyanyi. tapi kiteorang tak berani main hujan bila mak dengan abah ada kat rumah. nanti kena marah. lepas basah lencun main hujan bersama teduh-teduh bawah daun pisang kami akan mandi nak menikmati goreng pisang tatkala hujan masih lagi lebat diluar. (ecewah konon je) . sedar-sedar baju yang kiteorang buat  main hujan tu kotor dek terkena getah pisang. ha tu yang membuatkan mak aku bertamah marah tu. hehehe. 

the most faveret kiteorang ialah main timbang-timbang dan kira-kira kat kedai abah.. dulu masa kiteorang kecik-kecik, rumah masih bersambung dengan kedai lagi. so senang la nak masuk dalam kedai bila abah keluar tengahari beli barang kat pekan benut. bila enjin van abah dah hilang dari pendengaran, the project begin. kui kui kui. kiteorang pergi lah ambik berkilo-kilo kacang tanah, gula melaka, beras, sayur-sayuran etc. untuk ditimbang dan dikira oleh kakak yang lebih bijak la dari aku masatu. suka sangat main jual-jual. lepastu duit takda konon-konon je bagi duit guna tangan. tu lah agaknya sekarang ni aku pandai kira-kira. puihhh tipu je. dah penat main, kiteorang makan la jajan-jajan yang ada kat dalam kedai tu secara free of charge. tetiba kedengaran bunyi enjin van abah menghampiri rumah. dan sepantas kilat kiteorang kemas semuanya dan masuk dalam rumah seperti tiada apa-apa yang berlaku. kan ada jajan yang dapat mainan kat dalam tu kan, ha mainan-mainan tu semua kiteorang cepat-cepat sembunyikan di tempat persembunyian rahsia kiteorang. lepastu abah asik bising je sebab jajan dia selalu sangat habis. hahaha


last but not least, kiteorang suka main rumah-rumah yang diperbuat daripada kusyen dan selimut. masa kecik-kecik dulu aku duduk kuarters klinik kesihatan memandangkan mak aku kerja kat sana, bila petang-petang balik sekolah je kiteorang akan buat mahligai yang cukup indah menggunakan kusyen dan selimut kat ruang tamu. lepastu buat macam rumah sendiri. dah penat main semua lari taknak kemas semula. mak balik keje je tengok rumah bersepah. hehehe. kalau kat rumah abah, kiteorang jadikan sofa kayu sebagai katil. ambik 2 buah sofa then cantumkan dia jadik macam katil bayi yang ada penghadang tu. awal-awal dulu semua suka, then hanya aku dengan adik aku je masih suka lagi sampailah aku dah tak muat nak tidur dalam katil buatan sendiri tu memandangkan ketinggian aku semakin meningkat. seronok woo tidur dalam tu bersama selimut yang sehelai dan tidak empuk. tak empuk pun sampai sekarang aku guna selimut tu. hehehe

ada banyak lagi lah kenangan-kenagan waktu aku kecik bersama adik-beradik aku. memang untung kan kita ada adik-beradik ramai. sentiasa ada teman bila nak main. kenangan tu aku akan ingat sampai bila-bila. sesungguhnya waktu itu telah menjadikan siapa diriku sekarang. (apa aku merepek?takde kena mengena pun). ahh dah tak tahu nak cakap apa dah. nanti la next update aku cerita banyak-banyak lagi okay..salam.tata...

hai nama saya damia maisarah! curi gambar daripada fesbuk mak usu. tenkiu.saja je nak letak gambar ni. dah takda gambar lain nak letak :)

No comments:

Post a Comment