Assalamualaikum and hye
uolls...
For this entry, i am
glad to story about my new environment study in Kuala Pilah. Amboi aku takyah
nak berspeaking-speaking sangat lah.. menyampah orang nak baca blog kau nanti..
okay fine !
Untuk semester baru bagi
pelajar diploma semester 4, aku telah menjalani kehidupan yang sedikit berbeda
daripada sebelum ini. Dimana aku telah dihantar untuk mendiami kolej diluar
daripada kawasan universiti .. ohh adakah ini suatu hukuman kepada aku. Sungguh
kejam!
Pada mulanya aku sungguh
terkilan sebab tak dapat mendiami kolej di dalam universiti. Aku terpaksa akur
dengan keputusan dan membawa diri ke UiTM KUALA PILAH KAMPUS MELANG.. (apasal
ayat aku terlampau kebahasamelayuan ni). Aku memang tak dapat menerima
kenyataan pada masa itu. Hei dah la satu rumah berpuluh-puluh orang.. satu
bilik kecik dimuatkan seramai 6 orang. Cuba bayangkan betapa sesaknya kehidupan
aku waktu tu.
Setiap hari merungut
dengan fasiliti yang disediakan. Itu tak kena, ini tak kena. Semua benda serba
tak kena.. adakalanya aku rasa macam nak duduk rumah sewa je. Lagi rela rasanya
menghabiskan duit bayar sewa rumah berbulan-bulan daripada duduk sesak bagai
terhimpit didalam tin sardin. Yang paling aku tak suka terpaksa mengejar bas
setiap hari.. ada satu hari tu aku dan sara tertinggal bas beberapa saat. Nasib
baiklah ada classmate yang sanggup menumpangkan kami. Sebenarnya kiteorang buat
muka kesian. Tu yang dia tumpangkan tu. Kredit tu Ahsong.
Tapi tapi tapi,,, hampir
dua minggu aku duduk sini, aku sudah mula rasa jatuh cinta dengan environment
kat sini. Bila aku fikir-fikir balik,, apasal pulak aku nak benci sangat dengan
kolej melang ni. Macam tak biasa pulak duduk sesak-sesak, mandi ramai-ramai,
terkejar sana sini.. kemon lah iecha. Kau dah berapa tahun duduk asrama. Takkan
dah besar ni nak mengada-ngada pulak tak biasa dengan keadaan ni semua.. ya! Aku
berjaya untuk biasakan diri disini. Now, aku rasa malas pulak nak balik kolej
Beting. Aku dah selesa hidup beramai-ramai disini.
Aku dapat rasa
relationship antara kami satu rumah seperti dah lama mengenali antara satu sama
lain. Jujur aku tak rasa benda ni semua masa aku duduk Beting. Aku tak dapat
rasa pertalian yang sungguh erat antara kami. Semua buat hal sendiri. Tapi bila
aku dapat kolej Melang, aku tak lagi rasa keseorangan. Tapi tu tak bermakna aku
bencikan Beting. Aku sayangkan kawan aku yang mana ada masa aku susah dan
senang. Aku sayang korang lah!!!
Jadi kepada sesiapa yang
akan dan bakal menduduki kolej Melang seperti aku akan datang, terimalah ia
seadanya. Jangan terlalu membenci kerana kau akan menyukainya satu hari nanti. Tak
mustahil perkara yang aku rasa, kau akan rasa juga.
Sebenarnya aku tak tahu
nak tulis apa kat entri kali ni. Tu yang aku main taip je apa-apa yang
terlintas kat otak aku sekarang ni. Thanks to shera because give me her laptop
to update this blog. Habislah laptop kau jahanam atas tangan aku shera. Dah laptop
kau je yang nampak macam free atas meja ni. Thanks a lot to my housemates too
(sara, arina, zila, umi, lin, yaya, izyan, ayuni, dan ada beberapa orang lagi
yang aku lupa nama dia.soryy ehh.lain kali aku ingat). Nanti kalau korang semua
dah pindah dalam Beting, jangan lupa memori kita bersama selama beberapa minggu
ni tau. Aku akan merindui korang semua- semua..
Okaylah. Wanna take some
rest before continue my movie time. Esok malas nak datang class. Sejam je kot. Tutorial
pulak tu. So, aku boleh tidur lambat ini malam.. see uolls next time. Love you
<3