CLICK ME PLEASE ! THANKS :)

Monday, 8 April 2013

FINALE EXAM MARCH 2013 :)

assalamualaikum...

entry lepas cek ada habaq mai kat hangpa semua yang cek ni tengah mood finale exam kan.
as usual la aku ni dah nak final baru nak study. memang kelam kabut aku dibuatnya. padah suka study last minute kan. tapi study last minute la bagus. ingat apa yang kita baca bila dalam exam hall nanti. kalau baca awal-awal nanti lupa balik. right? (ini ayat typical student yang malas dan study last minute macam aku) hehehe


abaikan muka selebet aku time part 1


kepada sesiapa yang tak tahu examination slip uitm, ha macam ni la ghupenya. sama je kalau kita nak ambil exam apa-apa pun mestilah kena bawa slip exam. dan di uitm kena bawa kad matrik sekali. kalau tak bawa ,you are not allowed to take this examination. hang pilah duduk bilik tido je lagi bagus. so sesiapa yang dah separuh jalan masa on the way pergi exam tu mesti akan bersumpah seranah kat diri sendiri kalau terlupa bawa slip exam dan kad matrik. nak nak uitm kuala pilah ni berbukit bukau. kolej dengan admin tu boleh basah ketiak la nak ulang-alik.  hahaha. nasib baik aku tak pernah kena lagi macam tu. harap-harap tak lah. boleh hilang mood and semangat je nanti.






setakat harini 8/4/2013, telah berlangsung 4 kertas iaitu BEL(lebih kurang english la), BIOLOGY, CHEMISTRY, MATHEMATICS.. so far okay lah. tak tahu lagi 2 paper (PHYSICS n CTU) nanti macam mana. boleh la nak dapat lulus. but aku bukan target just lulus je. i hope i will get dean for this semester. aku rasa semester ni aku lebih serius berbanding semester-semester yang lepas. tapi subjek dia lagi tough la daripada sebelum ni. tu yang aku ragu-ragu boleh ke aku dapat dekan?? hurmm berdoa jelah. kita dah usaha sebaik yang mungkin. last paper aku ada lagi 4 hari dari sekarang.. sudah tentu perasaan aku melonjak gembira nak balik rumah dan cuti selama 2 bulan.whoahh. eksaited nye saya :D



tengok lah papers examination aku ni. berwarna-warni jahh. apa dia ingat student ni akan gembira dan bersukaria di hari raya ke bila nak jawab soalan nanti. hahaha. tapi okay apa pihak universiti ni buat. salah satu inisiatif menggalakkan student tak boring masa exam. good job!

 bila minggu exam mula lah aku nak terperuk terperosok dalam bilik sensorang. orang lain mesti ingat aku ni focus betul study kan. tapi padahal bukannya aku 24 hours study je mamanjang. tengok sekarang ni aku boleh tulis blog lagi. kadang-kadang dah stress sangat tu aku menyanyi la kuat-kuat buat macam kat dalam greenbox karaoke tu la contoh. mesti orang-orang kat rumah bawah dan housemate aku bertambah stress kan bila dengar suara aku yang tak sedap ni.haha. memandangkan aku hidup sorang je dalam bilik ni sebab roomate aku ada tempat penginapan lain diluar, ini bilik aku yang punya. hahaha (eh apa aku merepek?) 

can't wait for semester break. awal-awal lagi aku dah rancang dah nak buat apa cuti ni nanti. ekauorang tahu tak apa yang selalu bermain kat benak fikiran aku ni. mesti korang tak percaya lah. aku nak sangat pergi belajar menjahit time break nanti. ha kan aku dah cakap korang mesti tak percaya punya. tapi believe it or not,, you must believe it. sesetengah student macam aku ni mesti nak kerja kumpul duit nak beli iphone takpun duduk rumah jadik macam anak raja bila cuti semester. but not me. dulu aku ada lah pasang cita-cita nak kerja time break ni, tapi entah la aku masih belum bersedia lagi nak bagi komitmen pada sesuatu pekerjaan contohnya jadi promoter kat mall takpun jadi cashier kat supermarket.. oh tidakk. 

daripada aku duduk rumah membesarkan badan je, order je nak makan apa (dapat ke kalau bukan diri sendiri yang kena masak?) , lebih baik aku tambah ilmu didada ni ha. otak aku dah penat nak fikir ilmu ilmiyah je kat kelas. so inilah masanya otak aku fikir ilmu kemahiran pulak. sebab-sebab aku nak belajar menjahit adalah simple je. aku nak buat baju sendiri. nanti dah pandai tak payah la aku nak beli dress yang mahal-mahal kat onlineshop tu ha (eh terasa pulak aku) . aku boleh buat dress hasil tangan aku sendiri. bila dah pro aku nak ambil oder pulak. bukak bisnes sendiri. weh kaya kaya. hahaha.. impian aku ni bukan main besar lagi kan. tapi tak salahkan kalau kita mengimpikan sesuatu dah berusaha mencapai impian itu sehingga kita peroleh asalkan benda tu bagus untuk diri sendiri dan orang lain.. wahh berfalsafah betul aku kali ni. so perhatian kepada family aku, sedara mara aku, kengkawan aku, dan sesiapa yang rapat dengan aku,, aku bagi best price punya kat ekauorang kalau hantar tempahan baju kat aku nanti.. amacam suka tak???


okay la aku penat pulak taip entah hapa-hapa ni. aku nak memulakan study physics ni. exam lusa but aku tak sentuh pun buku physics walau secebis. hehe. doakan aku dapat dekan untuk semester ni boleh tak kawan-kawan?? takpun just doakan aku lulus dengan cemerlang pun dah kira ok.. happy holiday for diploma uitmians. babai <3

assalamualaikum..